Followers

Bayi Ditikam 90 Kali Oleh Ibunya Hanya Kerana Gigit Ibu Semasa Menyusu Badan

xiao-bao-tikam-ibu

Kejam sampai tidak boleh digambarkan dengan kata-kata apabila membaca laporan berita ini. Seorang bayi berusia 8 bulan telah ditikam lebih 90 kali oleh ibunya sendiri, kebanyakannya di kawasan muka,hanya kerana dia menggigit ketika dia sedang disusukan dan dia bernasib baik kerana masih hidup.

Xiao Bao ditemui di dalam keadaan menyayat hati dan berlumuran darah di kawasan halaman rumah oleh bapa saudaranya dan bergegas ke hospital. Dia memerlukan lebih daripada 100 jahitan dan kejadian itu berlaku di Xuzhou, Wilayah Jiangsu di timur China. Bayi tersebut bersama ibu dan dua bapa saudaranya bekerja dengan mengitar semula sampah.

Kehidupan bayi dengan ibu dan dua bapa saudara, yang membuat hidup kitar semula sampah. Ia adalah salah satu daripada bapa saudara yang menemui Xiao Bao berbaring di kolam darah di halaman rumah mereka dan bergegas ke hospital. Kemudian ibunya sendiri mengaku yang dia telah menikam anaknya bertubi-tubi kerana telah mengigitnya semasa menyusu.

Jiran disitu merayu agar kerajaan tempatan untuk menjaga bayi itu buat sementara waktu tetapi mereka menolak dengan alasan tidak ada pengesahan ibu kejam tersebut mengalami penyakit mental. Kalau dah ditikam sampai 90 kali tu, sepatutnya pihak berwajib kena buat pemeriksaan kesihatan mental ibu tu, bukan buat tak tahu sahaja! Entah apalah nasib malang seterusnya yang bakal menimpa bayi ini. =(



Xiao Bao
xiao-bao-3
xiao-bao-2

Gempar! Samsung Galaxy S3 Meletup Dalam Poket Seluar



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Seorang remaja swiss melecur dibahagian peha apabila telefon pintar beliau Samsung Galaxy S3 meletup didalam poket.



Fanny Schlatter ,18, cedera apabila Samsung Galaxy S3 dikatakan meletup di dalam poket seluarnya. Dia mendakwa akan membuat aduan terhadap Samsung. Fanny schallater berkata “Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan – seperti mercun. ‘Kemudian saya perasan bau kimia pelik dan seluar kerja saya mula terbakar.’

Dia bergegas ke bilik mandi yang terdekat sebelum memandu ke hospital.



Cik schalleter menjelaskan:”Nasib baik rambut saya telah diikat dan mempunyai sweater yang sukar terbakar”.Beliau kini merancang untuk memfailkan aduan undang-undang terhadap pembuat telefon Korea.


Dalam satu kenyataan, jurucakap Samsung memberitahu ‘Apabila kami dapat produk tersebut, Pihak kami akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh untuk menentukan punca sebenar kejadian ini. “Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa kami sentiasa bekerja mengawal kualiti yang ketat dan standard keselamatan untuk memastikan kemudahan dan keselamatan pengguna.


Ini bukan kali pertama bateri telefon telah meletup. Di tempat lain, bateri telefon secara spontan terbakar dalam poket belakang seorang lelaki dalam sidang DEFCON hacking di Amerika Syarikat pada tahun 2010, dan pada tahun 2009, seorang lelaki terbunuh apabila telefon beliau meletup sehingga terputus arteri lehernya.


Bulan lalu, satu kebakaran di sebuah rumah Peterborough dianggap berpunca dari letupan sebuah bateri dari telefon bimbit. – Dailymail

Video 7 Hari “Couple” Puteri Awani Mohon Maaf



Assalamualaikum , Mesti tengah panas dengan berita video Puteri kan ? Hmm , sebenarnya video tu di uploadkan lama dh tapi di privatekan dan video tu takdak sapa yg view.

Memang niat taknak publickan tapi masa hangout last week ramai pulak yang nk view , Mulanya kami *saya dengan ery* terima komen yang baikbaik daripada anda semua.

Kami ingat benda ni akan okay, Puteri ada mintak nk private balik vid tu tapi ery tak kasi sbb dia kata semua orang suka dan dia nk download masuk note II dia. So tak jadik lah nk privatekan semula.

Puteri tahu ini semua salah Puteri buat vid mcm tu . Puteri nak mintak maaf kalau ada buat koqang rasa sakit mata ka sakit telinga ka apa. Allah uji Puteri ni bersebab.

Mungkin atas apa yg dah Puteri buat selama ni. Mmg dari dulu lagi Puteri ramai haters, tapi selepas buat vid ni lagi bertambah lah kan? Malah seluruh malaysia mugkin seluruh dunia.

Allah maha mengetahui apa yg akan berlaku disebalik semua ini. Mungkin Allah rindukan doa daripada hambanya yang bernama Syazwani :’) Allah rindukan solat taubat dari hambanya. Dia lebih tahu daripada segalanya. Puteri hanya mampu berdoa dan melihat.

Korang ramai namun ? Puteri seorang diri , Nasib ada kawankawan yang sangat baik dan selalu sokong wani dari belakang .

Puteri mohon , orang yg upload vid puteri kt youtube, tlg lah delete. Puteri baru tahu saat dan ketika ini siapa yang bergelar kawan dan bergelar musuh . Mungkin verita ini akan terus tersebar tapi, Puteri redha dengan dugaan Allah malah Puteri bersyukur diatas apa yg berlaku ini mengakibatkan Puteri selalu mendekatkan diri dengan Allah.

SubhanaAllah, Semalam lepas tengok apa yg terjadi , Hati gelisah sangatsangat. Walaupun kawankwan, family dah ckp sabar semua tapi ttp tak okay . Lepas buat solat solat semua, baca alquran , rasa betapa tenangnya hati ni. Allah maha berkuasa .

Mungkin setakat ini sahaja post saya buat kali ni. Tapi ini mungkin post terakhir dari saya. Assalamualaikum :’)

Suami Belasah Isteri ‘KOW-KOW’ Sebab Tak Kejut Sahur!




Kuala Lumpur – Kepalanya dihentak ke dinding selain ditampar, ditumbuk dan disepak lebih 20 minit. Itu ‘harga’ terpaksa dibayar seorang wanita berusia awal 20-an kerana dikatakan tidak mengejutkan suaminya bangun bersahur, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi di rumah mereka di Kampung Baru, di sini, isteri yang cedera di kepala dan badan akibat tindakan ganas suaminya membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian isteri muda yang belum mempunyai anak itu terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi pinggan pecah di dapur rumahnya.
“Dia bergegas ke dapur dan melihat suaminya sedang menghempaskan pinggan. Apabila ditanya mengapa, lelaki itu tidak memberi jawapan sebaliknya memaki hamun mangsa.

“Selepas puas memaki hamun baru suaminya yang berusia 20-an itu menjelaskan dia berang kerana isterinya tidak mengejutkannya bangun bersahur,” katanya.
Menurutnya, mangsa memberitahu dia sudah mengejutkan suaminya jam 5 pagi namun tidak diendahkan menyebabkan dia bersahur seorang diri.
Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba menenangkan suaminya itu dengan meminta maaf di atas kesilapannya, namun dia dibelasah.
“Mungkin disebabkan tidak puas hati dengan penjelasan isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu menumbuk, menampar dan menyepak isterinya itu.


“Lebih kejam, lelaki terbabit turut menghentak kepala isterinya ke dinding rumah dan hanya berhenti memukul mangsa selepas wanita itu hampir pengsan,” katanya.
Menurutnya, suspek kemudian dengan selamba meninggalkan rumah tanpa menghiraukan isterinya yang kesakitan manakala mangsa segera menghubungi rakannya meminta bantuan sebaik saja ditinggalkan.

“Mangsa yang dibantu rakannya itu membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya sebelum menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan. – Harian Metro

Gambar Nora Danish Bertudung Ketika Di Kelantan

 

Cantik sungguh Nora Danish bertudung ketika menghadiri majlis di Kota Bharu Kelantan.



 

Nora Danish tetap cantik seperti remaja 19 tahun dengan wajahnya yang ayu

 

 

 

 

 

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme