Followers

Home » » Pergh-Lotus Evora 414e

Pergh-Lotus Evora 414e


Lotus Evora 414E ialah sebuah kereta lumba REEV (Range Extender Electric Vehicle). Ianya merupakan kereta lumba hibrid pertama dari anak syarikat Proton ini.Lotus Evora 414E mempunyai pecutan yang lebih berkuasa kerana dua motor elektrik pada tayar belakangnya mampu menghasilkan torque sebesar 1000 NMdan 414 kuasa kuda! Ini bermakna Evora 414E mempunyai torque yang lebuh besar dari Evora Syang merupakan sebuah kereta lumba yang diperkasakan dengan enjin supercharger.





Menurut Lotus Evora 414E mampu memecut dari 0-60 batu sejam dalam masa 4 saat. Dalam moda eletrik, Evora 414E mempunyai jarak perjalanan maksimum 48 kilometer. Kelajuan maksimumnya pula ialah 209 KMJ. Sebuah enjin Range Extender 1.2 liter disertakan sekali apabila bateri sudah dinyahcas sepenuhnya. Enjin ini sangat mesra alam kerana hanya menghasilkan 55 gram CO2 untuk setiap kilometer perjalanan. Oleh kerana kereta ini berkuasa elektrik, pihak Lotus turut menghasilkan sistem HALOsonic bagi memhasilkan bunyi enjin kereta lumba palsu. Apabila sistem HALOsonic diaktifkan Evora 414E akan menghasilkan bunyi deruman enjin yang sama seperti sebuah kereta lumba konvensional. Seems legit! Buat masa ini pihak Lotus masih belum menyatakan sama ada kereta konsep ini bakal memasuki pasaran.








Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme