Followers

Home » » Jue Aziz Jawab Isu Kekasih Bertatu

Jue Aziz Jawab Isu Kekasih Bertatu

Ekoran penyebaran gosip mengenai beliau berpelukan dengan seorang jejaka bertatu di Kepulauan Bali, dua minggu lalu, pelakon cantik, Jue Aziz akhirnya tampil menjelaskan hal sebenar.



“Saya rasa kelakar bila pertama kali membaca gosip tersebut. Nak marah pun tak boleh, tapi sejujurnya saya terkejut dengan penyebaran gosip ini sebab mereka tak selidik dulu perkara sebenar,” ujar Jue ketika ditemui di lokasi penggambaran telemovie, ‘Mencari Wali’, baru-baru ini.

“Bagi saya, benda ini isu kecil saja. Kami pergi bercuti beramai-ramai dalam enam orang dan kami ke sana hanya untuk berseronok saja. Saya yang paling tua dalam kumpulan itu dan semua yang pergi saya anggap macam adik-adik saya saja.

“Ramai yang bertatu waktu itu dan tatu yang dipakai hanyalah tatu ‘Henna’ saja, bukan tatu betul pun. Kami saja buat sebagai kenangan di sana, itu saja. Bagi saya, penyebar gosip ini hanya tokok tambah cerita saja,” ujar Jue yang memegang watak sebagai Hawa dalam telemovie sulung arahan Rahizal Razi.

“Bila saya solo, janganlah suka-suka asyik gosipkan saya dengan sesiapa. Saya dah muak apabila Jue Aziz sering dikaitkan dengan orang itu dan orang ini. Penting sangat ke isu ini, saya rasa cukup-cukuplah. Walau bagaimanapun, siapa yang tak nak berkahwin, insyaAllah, doa-doakanlah saya. Saya tak memilih dengan siapapun, saya redha dengan jodoh saya.”

Tambah Jue lagi, “Jika tak ada aral melintang, insyaAllah saya rancang nak mengambil anak angkat. Seorang budak perempuan mungkin akan beri anak yang dikandungkannya sekarang selepas bayi itu dilahirkan pada Disember nanti. Ini bukan trend ambil anak angkat, tapi saya memang sunyi sekarang. Saya memang serius nak menjaga bayi itu dan saya juga merancang nak menyusukan dia kelak.”



Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme