Followers

Home » » Fathia Pakai Gaun Koyak

Fathia Pakai Gaun Koyak

Ini bukanlah jenaka atau perkara yang direka cipta kerana hakikat ini perlu dihadapi oleh pelakon muda berbakat besar, Fathia Latiff kerana dia telah menyarungkan gaun malam yang koyak ketika menghadiri malam Anugerah Stail EH! 2012 malam tadi.


Gaun rona hitam dari label fesyen antarabangsa, BCBG itu didapati koyak dibahagian peha ketika perjalanan majlis berkenaan dan ia telah diperhatikan oleh beberapa rakan media termasuk portal murai.com.my sendiri, sebaik saja selesainya majlis anugerah yang mengiktiraf selebriti bergaya hebat sepanjang tahun ini.

Khabarnya, kejadian itu berlaku angkara tingkah laku Fathia yang lasak sehingga menyebabkan gaun cantik berkenaan koyak.

Fathia dilihat telah datang lewat ke majlis berkenaan malam tadi, bagaimanapun sempat menjadi tumpuan lensa kamera dengan persona gaun hitam dari fabrik jarang dan seksi yang difahamkan dibelinya khusus untuk majlis berkenaan.

Dia juga telah dipertanggungjawabkan menyampaikan anugerah untuk salah satu kategori yang dipertandingkan dan sekali lagi kemunculannya di atas pentas telah mencuri perhatian ramai.

Daripada pemerhatian portal murai.com.my, kesan koyak yang ada pada gaun Fathia agak keterlaluan, tetapi tidak terdedah. Meskipun persalinan kesayangannya itu telah koyak, namun kejadian itu tidak mematahkan semangat Fathia untuk terus bermesra dengn peminat dan juga pihak media untuk merakamkan foto bersama sebaik sahaja majlis bersurai.

Namun dapat dilihat kekecewaan di wajah Fathia yang cantik itu, sambil tangan dan matanya membelek kain gaunnya yang terkoyak itu. Apatah lagi apabila gaun berkenaan khabarnya berharga ribuan ringgit,

Mungkin juga, inilah yang dinamakan fesyen gothic sebenar cara Fathia untuk mencuri perhatian ramai pada acara fesyen yang dinanti-nantikan itu.

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


1 comments:

Anonymous said...

Apasal cari masalah orang..Tak baik tau....

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme