Followers

Home » » 2 Pelajar Sewa Helikopter Ke Sekolah

2 Pelajar Sewa Helikopter Ke Sekolah


LONDON – Hanya kerana tidak mahu ketinggalan hadir dalam parti akhir tahun sekolah mereka, dua sahabat menyewa sebuah helikopter apabila rancangan awal menggunakan limosin tidak berjaya.
Pada awalnya, Chloe Webb dan Lauren Huggett mahu menyewa sebuah limosin untuk ke sekolah yang terletak hanya kira-kira 13 kilometer dari rumah mereka.
Bagaimanapun, rancangan itu tidak kesampaian apabila didapati semua limosin sewa di Gloucestershire habis ditempah.
Kekecewaan dua sahabat berusia 16 tahun itu ternyata tidak kekal lama apabila bapa Lauren, Jason Huggett, tampil membantu dengan menyewa sebuah helikopter untuk mereka.
Untuk mendapatkan perkhidmatan itu, Huggett dikenakan bayaran ?500 (RM2,465).
Justeru, kehadiran Chloe dan Lauren ke parti sekolah mereka di Whitminster Inn ternyata mengejutkan semua pihak yang hadir di situ. Dua sahabat itu menaiki helikopter dua enjin Robinson R44 dari padang permainan di Cashes Green, Stroud, sebelum dibawa terbang kira-kira setengah jam ke tempat parti berkenaan dilangsungkan. Kata Chloe, ia adalah pengalaman yang hebat dan menyeronokkan. “Kami dibawa bersiar-siar selama setengah jam sebelum diturunkan di kawasan lapang bersebelahan khemah parti sekolah kami dilangsungkan.
“Semua kawan kami sangat terkejut dan tidak percaya kami datang menaiki helikopter,” katanya. Lauren pula berkata, walaupun rancangan mereka untuk menyewa limosin gagal, apa yang dialaminya semalam ternyata jauh lebih menyeronokkan. Bagi Chloe, parti itu penting kerana ia menandakan berakhirnya sesi pembelajarannya di Sekolah Archway di Stroud.
Dia kini bercadang mengikuti kursus terapi kecantikan di Kolej Gloucestershire Selatan dan Stroud, manakala Lauren akan meneruskan pengajiannya di Archway.
Sementara itu, media melaporkan, parti akhir tahun serba meriah yang biasanya diadakan di Amerika Syarikat seperti banyak dipaparkan dalam siri High School Musical kini semakin banyak diadakan di Britain. Ibu bapa sering dipujuk untuk membelanjakan wang yang banyak bagi membiayai kos menyiapkan pakaian, dandanan rambut serta pelbagai aksesori lain. – DM

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme