Followers

Lana Nordin Berbikini?

Pelakon filem Chow Kit, Lana Nordin menjadi bahan bualan apabila beberapa keping gambar dia berbikini sambil ditemani seorang jejaka, tersebar di internet.


HIP menghubungi Lana untuk mendapatkan kepastian benarkah gambar itu memaparkan dirinya dan siapakah pula gerangan si jejaka?

“Tidak ada apa yang perlu saya komen. Semuanya berlaku secara tidak sengaja. Gambar itu gambar lama yang dirakam ketika saya bercuti bersama rakan di Jakarta.

“Saya dapat tahu gambar itu tersebar di internet melalui rakan. Soalnya, kenapa baru sekarang orang baru bercakap mengenai foto itu?” katanyal

Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nordin menafikan dia bergambar begitu untuk mencari publisiti.

”Jika betul saya nak cari publisiti murah pun,saya tak akan sebarkan gambar itu. Baik saya keluarkan gambar-gambar lain yang lebih sensasi. Tapi untuk apa?” katanya.

Ditanya mungkinkan jejaka yang bergambar bersamanya itu kekasihnya, pantas Lana menjawab:

“Dia kawan saya. Kami bercuti ramai-ramai ketika itu,” katanya.

Dengan penjelasan itu, Lana berharap semua pihak faham situasi sebenar dan dia memegang watak sarat air mata selepas sering diberi watak penggoda dan antagonis.

Dalam drama bersiri Takdir Qismah saya memegang watak gadis yang dianiaya dan dipaksa menjadi pelacur. Watak Rosmah ini juga memerlukan saya banyak menangis.

” Memang mencabar, tapi seronok kerana berbeza dari apa yang saya pernah bawa sebelum ini,”katanya mengenai drama bersiri itu yang bakal disiarkan Ramadan kelak. -Berita Harian

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


Reaksi Nikita Apabila Gambar Bogel Tersebar

Artis sinetron Nikita Willy ketika memberikan penjelasan kepada  media tentang tersebarnya gambar yang mirip Nikita dan lelaki mirip Diego Michiels sedang berpelukan mesra di Studio Persari, Jagakarsa, Jakarta Selatan, Selasa (10/04/2012). Meskipun mengaku sempat bergambar dengan Diego, namun Nikita membantah gambar mesra tersebut adalah dirinya.(Tribun Jakarta/Jeprima)








Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


Gambar Sekitar Perkahwinan Ella

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Ella Dan Azhar. Ratu rock negara, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, sah bergelar isteri kepada juruterbang syarikat Firefly, Azhar Ghazali, 30-an dengan sekali lafaz.


Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang di sini kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh Jurunikah Masjid Nurul Iman, Klang, Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang sulung pengantin perempuan, Mohd Noor Izam Aminudin.

Ella dan Azhar sebelum itu telah ditunangkan sebelum majlis akad nikah bermula.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.


Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Ella dan Azhar kelihatan sedondon dengan persalinan berwarna krim rekaan Saiful Baharim.

Manakala majlis resepsi mereka akan diadakan pada 1 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).










Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


Datuk Lee Chong Wei Gila Gadjet


KL, 13 JUN 2012: Pada kebiasaannya, Murai Batu sering saja mendengar kisah kejayaan wira badminton negara iaitu Datuk Lee Chong Wei yang selalu saja mengharumkan nama negara.
Namun, baru-baru ini Murai Batu agak terkejut apabila mendapat tahu bapa kepada jaguh negara ini telah cuba membunuh diri. Apa sudah jadi?
Sungguhpun Murai Batu tidak tahu sebab perbuatan ayahnda Chong Wei ini, tetapi Murai Batu bersyukur kerana pihak polis berjaya menyelamatkan bapa Chong Wei dari menjadi mangsa bunuh diri.
Sudah terlanjur Murai Batu bercerita mengenai Chong Wei, Murai Batu mendapat tahu, figura ini merupakan seorang yang gila.
Jangan pula anda salah faham. Gila yang dimaksudkan Murai Batu bukannya tidak waras atau tidak berakal.
Sebenarnya, ada pihak terdekat Chong Wei memberitahu bahawa aset negara ini sebagai seorang yang gila gajet.
Dalam erti kata yang lain, Chong Wei merupakan seorang yang pantang untuk mendapatkan barangan telefon bimbit berjenama terbaru di pasaran.
Dengarnya, setiap kali ada keluaran telefon bimbit terbaru saja, Chong Wei akan membelinya dengan kuantiti paling minimum pun 10 buah. Wow! Banyak tu.
Murai Batu dimaklumkan, Chong Wei bukannya membeli produk itu untuk diri sendiri, sebaliknya memberikannya kepada sanak-saudara dan sahabat handai.
Menariknya, Chong Wei sedikit pun tidak membelinya dengan meminta kadar murah atau diskaun tetapi membeli barangan itu dengan harga asal.
Apa sekalipun, Murai Batu tertanya-tanya siapa gerangan yang menerima barang gajet dari Chong Wei itu.
Adakah benar ia diterima wanita yang bergelar kekasih hati Chong Wei?
Tetapi, apabila dirisik, Chong Wei masih lagi single sungguhpun pernah dikatakan ada hubungan dengan Amber Chia sebelum supermodel itu berkahwin.

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


Syamsul Yusof Bergaduh Dengan Aaron Aziz


Mendapat Hidayat Ketika Mengarah Filem


PADA tarikh 14 Februari lalu - yang dicanang oleh masyarakat barat sebagai hari khusus untuk diraikan pasangan kekasih - mencatatkan satu kemenangan kepada Islam apabila anak lelaki kepada seorang pengarah filem Hollywood terkenal, Oliver Stone, iaitu Sean Stone, 27, memeluk Islam.
Oliver pernah tercalon sebanyak 11 kali dalam anugerah berprestij Oscar dan memenangi tiga daripadanya.
Anaknya, Sean memeluk Islam di bandar yang masyhur dengan keindahan Islam yang sangat menakjubkan iaitu Isfahan Iran dengan nama barunya iaitu Sean Christopher Ali Stone.
Dia sebenarnya berada di Iran untuk mengarah sebuah filem yang mengisahkan tokoh Islam terkenal yang juga seorang penyair mistik Parsi dari abad ke-13 Masihi, Jalaluddin Ar Rumi.
Harapan dan niatnya ialah tindakan dan keikhlasannya memeluk Islam itu dapat membantu warga barat, khususnya rakyat Amerika Syarikat (AS) supaya lebih memahami soal kepercayaan kepada tuhan dan agama Islam itu sendiri dengan lebih baik.
"Adalah satu kesilapan besar bagi mereka yang mempercayai bahawa Islam itu agama yang bersifat antagonis kepada agama-agama lain, khususnya Yahudi dan Kristian.
"Apa yang kita perlukan hanyalah saling memahami kepercayaan masing-masing dengan lebih banyak mengadakan dialog dan perbincangan secara sihat dan komprehensif," katanya.
Apabila ditanya bagaimana pengislamannya di pihak media di AS, apabila beliau pulang ke negaranya, Ali yakin bahawa tidak banyak kesan akan timbul kerana beliau bukan seorang yang terkenal atau popular.
"Apa yang penting saya dapat membantu rakyat AS untuk memahami akan kebenaran mengenai Islam," katanya.
Salah satu sebab beliau memeluk Islam kata Ali ialah dia berasa begitu tenang dan dapat menikmati suasana keindahan yang tersendiri setiap kali berada di masjid.
Dia percaya bahawa Tuhan itu Esa yang mesti menjadi asas kepercayaan dan kebenaran sesebuah agama itu.
Beliau sebenarnya menaruh minat terhadap Islam sejak di bangku sekolah tinggi walaupun dilahirkan dan dibesarkan oleh bapanya yang beragama Yahudi dan ibunya, Elizabeth Stone seorang Kristian.
"Tidak sahaja kini saya perlu bantu mempromosikan Islam kepada rakyat AS tetapi yang lebih penting juga Islam pasti dapat memberikan sumbangan dalam memperbaiki dalam banyak keadaan yang berlaku di Barat.
"Ini apabila sering tercetusnya pelbagai masalah sosial dan kemanusiaan akibat dunia barat dan AS khususnya terlalu bergantung kepada sistem kapitalis.
"Sistem ini menyebabkan masyarakat barat mengikis dan membuang soal-soal kerohanian sekali gus menyebabkan batin mereka semakin menderita," kata Ali.
Walaupun pada hari ini semakin ramai yang marah dan tidak berpuas hati dengan sistem kapitalis dan liberal melaui pelbagai gerakan dan bantahan, namun ia tidak memberi apa-apa makna.
Ia tidak akan tercapai selagi mereka menafikan peranan agama dan Islam itu sendiri sebagai satu jalan penyelesaian.
Justeru, Ali akan memberikan sumbangan yang lebih bererti dalam bidang seni dan dunia perfileman dengan memperkenalkan kebudayaan dan ketamadunan Parsi kepada barat.
Graduan Pengajian Sejarah dari Universiti Princeton itu sering berkerjasama dengan bapanya dalam menghasilkan filem-filem yang mendapat tempat di hati peminat seperti filem Alexander pada tahun 2004.
Ali turut mengagumi kepimpinan Presiden Iran, Ali Mahmoud Ahmadinejad dan berpendapat kemelut yang dihadapi oleh Iran apabila mendapat tekanan dari barat boleh diatasi dengan Iran beralih pandangan dan tumpuan kepada dunia timur.
"Jangan lagi melihat kepada Barat tetapi beri tumpuan baru kepada rakan kongsi seperti China," katanya yang turut menerima Anugerah Khas dari Kementerian Kebudayaan Iran sempena berakhirnya Festival Filem Antarabangsa Fajr Tehran, baru-baru ini.

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


Nokia 3310 Versi 2012


Cari Apa Yang Pelik Dalam Gambar Ni


Cari2..kalau jumpa komen la....:)

Nashrin Terpegang Payu Dara Misha Omar?



Helluuuuu you all, Hari ini cik gayah kebaya sendat nak gossip sikit pasal duet si nashrin and akak misha omar yang feelling habis di atas pentas.. wow! Hangat di perkatakan adegan misha omar dan nashrin di atas pentas MY STARZ LG musim ke 2 yang asik feeling mereka, cik gayah kebaya sendat belek gambar2 yang di tangkap oleh photografer tersohor malaysia yang menampakan nashrin terpegang payudara misha omar? hurrmmm mungkin tak pegang kot or alahaiii korang komen sendiri la..

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


Apabila Lelaki Nampak Awek Seksi










Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


Jambatan Tertinggi Didunia


Terjumpa satu info yang sangat menarik iaitu fakta tentang Jambatan Tertinggi Di Dunia Yang Melepasi Awan. Sangat hebat jambatan ini, jambatan ini adalah lebih tinggi daripada menara Eiffel.

Jambatan ini juga menjadi tempat penggambaran Mr. Bean Holiday! Dalam cerita ini, kelihatan Mr. Bean memnadu kereta merentasi jambatan yang sangat tinggi. Jambatan tersebut ialah Le Viaduc de Millau iaitu Jambatan tertinggi di dunia!



Jambatan ini mempunyai ketinggian sekitar 343 meter. Bandingkan dengan menara Eiffel yang mempunyai ketinggian sekitar 300 meter, itu bererti membina jambatan ini sama seperti membina beberapa menara Eiffel yang sama, dan diletakkan saling bersampingan antara satu dengan yang lain.



Dirancang oleh Michel Virlogeux dan Norman Foster. Jambatan yang telah dirasmikan penggunaannya pada 14 Disember 2004 ini terletak di Millau, Perancis.
 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme