Followers

Home » » Yasmin Hani Rancang Punya Anak Hujung Tahun

Yasmin Hani Rancang Punya Anak Hujung Tahun


KUALA LUMPUR : Ketika industri hiburan tanah air menerima berita gembira dua pelakon wanita negara, Fasha Sandha dan Eira Syazira sudah pun hamil, pelakon wanita lain, Yasmin Hani tidak menafikan dia juga sudah merancang untuk mempunyai cahaya mata.

Cuma bezanya, Yasmin merancang untuk menimang cahaya mata pada hujung tahun nanti.
Keputusan untuk merancang kehadiran insan baru dalam keluarganya dilakukan berikutan jadual kerjaya dan aktiviti lakonannya yang padat dari masa ke semasa.
Malah, Yasmin dan suaminya, Shahrin Razali juga bersepakat untuk ‘menyekat’ dahulu keinginan mereka.
“Saya memang merancang kehamilan kerana jadual kerjaya saya dan suami yang agak padat buat masa ini tetapi Insya-Allah hujung tahun ini baru semua perkara selesai dan boleh fokus kepada keluarga dan memiliki anak,” kata Yasmin seperti dalam mStar Online.
Antara sebab lain yang dinyatakan Yasmin untuk tidak mempunyai anak buat masa sekarang kerana dia bakal menyertai sebuah program realiti yang memerlukan pergerakan yang aktif serta tangkas.
“Bayangkan kalau saya mengandung nanti, takut jadi perkara yang tidak diingini pula dan lebih baik saya 

fokus kepada program itu dahulu sebelum mengandung,” katanya.
Meski pun kehidupan Yasmin sekarang ini hanyalah bersama suami tercinta, Yasmin mengakui semakin bahagia dengan kasih sayang yang sentiasa dicurahkan oleh suaminya setiap masa.


Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme