Followers

Home » » Sepasang Kekasih Ditahan Guna Motosikal Curi

Sepasang Kekasih Ditahan Guna Motosikal Curi


KUALA LUMPUR – Sepasang kekasih bernasib malang apabila mereka bukan sahaja disamun lima lelaki berhampiran Puchong Prima, Puchong sehingga cedera di kepala, malah pasangan berkenaan turut dicekup polis 30 minit kemudian atas kesalahan menggunakan motosikal curi, kelmarin.
Difahamkan, pasangan itu yang masing-masing berusia 20 tahun dan 17 tahun itu dalam perjalanan menempah baju raya di kawasan Puchong, bagaimanapun dalam perjalanan itu, mereka bertembung dengan sekumpulan lima lelaki yang bertindak menyamun barangan berharga milik mereka.
Sumber polis berkata, disebabkan kehabisan wang, pasangan itu pulang ke rumah mereka di Wangsa Maju untuk mengambil duit.
Ketika dalam perjalanan balik, mereka yang ternampak sekatan jalan raya yang dijalankan Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K) di Jalan Raja Laut, cuba meloloskan diri dengan menunggang motosikal melawan arus.
Bagaimanapun, anggota U3K yang menyedari mereka cuba melarikan diri, mengekori mereka hingga ke Jalan Merpati dan menahan motosikal berkenaan.
Ketuanya, Asisten Superintendan Azmi Wahid berkata, selepas melakukan pemeriksaan, mereka mendapati motosikal Yamaha 125Z yang dinaiki pasangan berkenaan dilaporkan dicuri pada hujung Mei lalu di kawasan Wangsa Maju.
“Selepas disoal siasat, suspek mengaku motosikal berkenaan bukan miliknya, namun berdalih dengan mengatakan motor itu dicuri rakannya dan dia hanya meminjam sejak beberapa bulan lalu.
“Motosikal yang dicuri itu disita sebelum pasangan itu dibawa ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar untuk diambil keterangan,” katanya, di sini, semalam.
Menurut beliau, Beliau berkata, selepas melakukan pemeriksaan badan ke atas suspek lelaki itu mendapati dia cedera di bahagian kepala selepas dibelasah kumpulan penyamun di Puchong sebelum mereka tiba di lokasi sekatan jalan raya itu.
Menurut Azmi, suspek lelaki itu turut berada di bawah pengaruh alkohol ketika ditahan serta tidak memiliki lesen memandu.
“Pasangan kekasihnya dihantar ke lokap Jinjang untuk tahanan sementara. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379a Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri,” katanya. – myMetro Online

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme