Followers

Home » » Selesaikan Isu Rumah Tangga-Erra Fazira

Selesaikan Isu Rumah Tangga-Erra Fazira

Fazira Wan Chik atau Erra Fazira sejak dua tiga bulan ini tidak pernah lekang dari diusik berkenaan isu rumah tangga. Lumrah menjadi seorang selebriti yang sentiasa menjadi perhatian ramai, Erra Fazira mengakui hakikat itu tetapi dia tidak mahu isu rumah tangga nya terlalu diceritakan kepada media bagi menjaga hati anaknya, Engku Aleesya. Sekitar dua tiga bulan lepas, kecoh juga dengan isu suami Erra iaitu Engku Emran dikatakan berkahwin lagi dan tidak tinggal sebumbung dengan Erra. Menepis dakwaan itu, dia berkata adat berumah tangga pasti ada pasang surutnya, namun dia berdoa yang terbaik untuk kebahagiaan semua orang.

Erra Fazira dan Engku Aleesya

Erra Fazira doa yang terbaik selesai isu rumahtangga - Terbakor

Rumah tangga Erra Fazira

TENANG dan masih cantik seperti selalu, Fazira Wan Chik atau nama pentasnya, Erra Fazira ketika ditemui pada majlis tayangan telefilem Parut Ashikin arahan Sabri Yunus baru-baru ini.
Usai tayangan tamat, Erra seperti sudah mengerti soalan yang berputar di kepala pihak media.
Sejak kebelakangan ini kisah kemelut rumah tangganya bersama suaminya, Engku Emran Zainal Abidin yang dinikahi pada 25 Oktober 2007 tidak pernah surut.
Pelbagai spekulasi yang muncul. Ada yang mendakwa pasangan ini telah menghadiri sesi kaunseling, sudah tidak tinggal sebumbung dan juga suaminya sudah berkahwin lain.
Kebenarannya, hanya Erra dan Emran sahaja yang tahu. Akui Erra, dia agak rimas apabila kisah rumah tangganya menjadi tatapan umum dan pelbagai versi cerita sampai ke telinganya.
“Memang rimas sebab tidak habis-habis orang bercakap tentang rumah tangga saya. Saya ingin berpesan, kata-kata itu satu doa. Jadi janganlah bercakap yang bukan-bukan tentang perkahwinan saya.
“Kalau boleh cakap yang elok sahaja. Dalam dunia, semua orang mencari kebahagiaan, kedamaian dan ketenangan jiwa, sama juga seperti saya,” ujarnya mohon pengertian.
Tidak menafikan dalam rumah tangganya terdapat masalah yang melanda, tegas Erra tanyalah mana-mana pasangan suami isteri, mereka juga menghadapi masalah yang sama.
“Saya tidak boleh tipu, biasalah dalam rumah tangga, ada masalah dan pasang surutnya. Jujurnya, saya tidak tahu sejauh mana spekulasi di luar sana bercakap tentang rumah tangga saya. Macam-macam yang saya dengar tetapi hakikatnya tidak pula seperti yang diperkatakan orang,” ucapnya tenang.
Tekanan
Disoal mungkin kerana awal perkahwinan mereka kelihatan begitu romantis dan suaminya cukup rajin mengikut Erra ke acara hiburan, tetapi kini tidak lagi menyebabkan kontroversi rumah tangganya semakin melarat.
Erra mengangguk kepala tanda setuju dan membalas: “Ya, mungkin dulu dia selalu ikut saya, tetapi sekarang dia sudah berhenti teman saya.
“Sebagai isteri, saya tidak boleh paksa kerana saya hormati dia yang tidak berminat untuk masuk ke dunia hiburan. Saya juga jarang sekali menemani dia ke majlis yang melibatkan kerjayanya.”
Apabila ditanya apakah reaksi Emran apabila kontroversi rumah tangganya berlegar-legar di media massa, jawab Erra: “Saya tidak boleh menjawab soalan itu bagi pihaknya, lebih baik tanya dia sendiri.”
Baik keluarga Erra mahupun Emran, kata Erra keluarganya lebih tahu apa yang berlaku dan tidak perlu untuk dijelaskan kepada mereka.

“Saya tidak perlu beri penjelasan kepada mereka, keluarga saya tahu saya macam mana, begitu juga dengan keluarga Emran, mereka lebih kenal anak mereka,” tuturnya.
Walaupun berjiwa kental dan mempunyai pengalaman selama 18 tahun sebagai anak seni, jiwa wanita Erra juga rapuh seperti wanita lain apabila kisah rumah tangga menjadi bahan bualan orang sekeliling.
Tertekan dengan kontroversi, Erra menyalurkan tekanan itu dengan menyibukkan diri dengan kerja.
“Saya melepaskan tekanan dengan menyibukkan diri terhadap kerja serta fokus untuk anak saya, Engku Aleesya yang kini berusia tiga tahun,” katanya.
Bimbang anaknya akan menerima kesan daripada kontroversi yang melanda, tegas Erra dia sedaya upaya mahu mengembangkan minda Aleesya agar tidak mendapat tekanan.
“Saya akan membuat dia sentiasa gembira, saya tidak mahu perkara yang diluar kawalan saya memberi tekanan kepadanya,” getus Erra.
Sedar dirinya seorang selebriti, pintanya bukan semua perkara boleh dikongsi bersama orang ramai.
“Saya harap orang ramai dapat memahami keadaan saya kerana setiap kata-kata ada batasnya. Sebagai seorang isteri dan ibu, saya tidak boleh terlalu terbuka untuk bercakap soal rumah tangga sendiri,” katanya minta difahami.
Kekal popular
Meskipun ramai artis baharu yang muncul, pada usia 38 tahun Erra masih lagi laku dan menjadi buruan pihak penerbit. Menjadi wajah eksklusif Astro untuk drama sehingga 2013, Erra bersyukur dengan perjalanan kerjanya.
“Bercakap tentang kerja, pengalaman hidup serta pendedahan kepada bermacam perkara, saya bersyukur jalan yang saya lalui. Pahit, manis pengalaman itu menjadikan saya Erra Fazira yang dilihat hari ini,” ujarnya.
Pernah menerima jolokan primadona filem Melayu, Erra sendiri tidak menyangka dirinya kekal bertahan sehingga ke hari ini.
“Mungkin saya laku sebab saya ada kontrak dengan Astro, jika tidak, saya pun tidak tahu bagaimana nasib saya. Setakat hari ini saya tidak pernah merungut tentang kerjaya,” tuturnya berterus-terang.
Terkini, Erra sibuk dengan penggambaran drama Mencari Juwita bersama Lisa Surihani dan Umie Aida dan drama Pontianak Beraya untuk siaran Aidilfitri kelak.
Bukan itu sahaja, sepanjang bulan Ramadan yang akan menjelang, Erra akan sibuk dengan latihan teater Tun Siti Hasmah yang dijangka menemui penonton pada 30 Ogos depan di Istana Budaya.
“Alhamdulillah, saya masih sibuk bekerja. Saya bekerja hanya untuk besarkan anak. Jadual saya juga padat sehingga kena aturkan masa sebaik mungkin,” katanya.
Erra yang muncul pertama kali sebagai pelakon menerusi filem Sembilu pada tahun 1994, kini lebih memilih naskhah seni yang diberi kepadanya. Misalnya, Telefilem Sanggul Beracun.
Tele filem tersebut telah mengangkat Erra pada tahap yang berbeza, apabila lakonannya cukup berkesan sehingga drama itu dinobat sebagai drama terbaik pada Anugerah Skrin 2011.
“Saya bermula dengan naskhah komersial, saya tidak cukup didedahkan dengan naskhah yang berat dan serius. Sebagai pelakon, menjadi tanggungjawab untuk memberi peningkatan terhadap mutu lakonan.
“Apabila saya mula terlibat dengan naskhah berat, orang mula memberi perhatian kerana sebelum ini saya sering bawa watak yang ringan sahaja. Jadi, itu sesuatu yang baharu membuatkan saya terus kekal bertahan dalam industri lakonan,” jawabnya.

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme