Followers

Home » , , » Seksinya Rozita Che Wan Bila Kembali Menjadi Remaja

Seksinya Rozita Che Wan Bila Kembali Menjadi Remaja


KUALA LUMPUR – Siapa tidak ‘terliur’ melihatkan kecantikan dan susuk badan yang seperti ‘anak dara’ pada aktres wanita yang kian melewati usia hampir 40-an, Rozita Che Wan.

Terbaru, dipetik dari sumber blog gosip beautifulnara.com, Rozita Che Wan tampil berani dengan gaya ala-ala ‘k-pop’ di majlis sambutan ulang tahun kelahiran Ryzal Jaafar di sebuah kelab baru-baru ini.

Sekali pandang, Rozita Che Wan dilihat tak ubah seperti salah seorang anggota kumpulan wanita k-pop.

Pelakon cantik ini dikatakan semakin ‘melaram’ sejak akhir-akhir ini apabila tampil di sesebuah majlis yang melibatkan ramai pihak termasuklah pihak wartawan.

Mungkin tidak mahu terlepas dari perkembangan fesyen yang terkini, Rozita Che Wan sepertinya tidak ‘takut’ dan segan untuk mencuba fesyen yang ‘daring’ atau pun boleh dikatakan membawa ‘maut’.

Bagi aktres ini, tidak pernah dirinya bebas dari terpalit dengan gosip-gosip panas yang menarik perhatian umum terutama sekali mengenai kisah peribadi hidupnya.

Bermula dengan kemampuan untuk memiliki kereta mewah, hinggalah berdampingan dengan lelaki muda sebagai ‘kekasihnya’, setiap cara pemakaian dari hujung rambut sampai hujung kaki pastinya dia tidak dapat lepaskan diri dari terus diperkatan oleh para peminatnya.

Buat peminat-peminat yang amat meminati aktres cantik ini, mungkin berandaian pemakaian Rozita Che Wan ini tidak salah dan tidak langsung memberikan imej buruk dalam kerjaya seninya.

Namun, pasti akan ada pihak-pihak yang kurang senang dengan penampilan ‘berani’ Rozita Che Wan.

Semuanya terpulang kepada diri sendiri, tepuk dada, tanya selera.

Posted @  http://infosahaja.blogspot.com/

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme