Followers

Home » , » Rebecca Nur Islam Dera Anak Tiri?

Rebecca Nur Islam Dera Anak Tiri?

SELANGOR, : Selepas mendirikan rumah tangga bersama usahawan duda, nama pelakon, Rebecca Nur Islam atau Rebecca, 25, telah dihentam dengan spekulasi yang kononnya dia telah mendera dua orang anak tirinya.

Walaupun tuduhan tersebut hebat dilemparkan terhadapnya, Rebecca bagaimanapun tidak ambil pusing, malah akui bahagia bersama suami dan anak tirinya.

Buktinya, ketika preview filem Keramat, Rebecca telah membawa suaminya, Nor Azam Datuk Sulaiman, 43 bersama seorang anak tirinya, Nur Arif Qayum dan anak angkatnya, Nur Adam Danial sedondon mengenakan pakaian bertema warna Jingga.

“Saya sudah malas nak mengulas lanjut lagi mengenai tuduhan mendera anak tiri saya. Saya sudah lupakannya dan tak mahu ianya berlanjutan.

“Tidak ada gunanya saya berikan penjelasan lagi kalau dalam dalam dunia ini ada orang yang membenci kita. Jadi apa sahaja perlakuan kita akan dianggap salah.

“Dalam dunia ini, tidak semua orang suka kita dan tidak dinafikan tak semua orang membenci kita. Jadi kita buat sahaja apa yang kita fikir benar dan selesa dengan diri kita.

“Mengenai membawa keluarga berpakaian sedondon ini pula, ianya memang tidak asing lagi bagi kami sekeluarga. Selalunya, saya akan pastikan kami keluar dengan pakai pakaian sedondon.

“Tiada niat untuk saya menunjuk-nunjuk bahawa saya bahagia dan sengaja untuk menutup spekulasi yang dilemparkan,” katanya selepas preview filem Keramat di MBO Subang Parade, malam semalam.

Sementara itu, Rebecca akui dia kini masih berusaha untuk menimang cahaya mata hasil perkahwinannya itu walaupun sudah mengalami keguguran sebanyak dua kali.

“Siapa yang tak mahu menimang cahaya mata hasil dari zuriat kita sendiri. Saya memang mengimpikannya.

“Namun mungkin rezeki belum menyebelahi saya. Saya redha dan masih menunggu saat paling bahagia,” luahnya yang tidak pernah merancang keluarga.

Bercerita mengenai lakonan pertamanya memegang watak utama dalam filem seram, Keramat, Rebecca berkata dia hampir tidak sedar dengan apa yang berlaku ketika menjayakan babak dirasuk hantu.

“Saya pun tidak tahu dari mana saya dapat tenaga yang kuat sehingga boleh mencangkung dengan hujung jari kaki sahaja.

“Padahal ketika menjayakan babak itu, saya memang sudah agak penat kerana itu adalah babak terakhir saya.

“Bila selesai sahaja daripada penggambaran, baru saya tersedar dan tertanya adakah apa yang dilakukan itu adalah diri saya sebenar.

“Apa-apa pun, saya sangat berpuas hati dengan usaha saya untuk menjayakan filem ini dan berharap penonton juga akan sukakannya.

Posted @  http://infosahaja.blogspot.com/

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme