Followers

Home » , » Rahsia Ciuman Suami

Rahsia Ciuman Suami






Ciuman Suami

Menjadi seorang pencium yang baik membolehkan anda untuk alami hubungan seks yang sangat hebat. Bagi wanita, ciuman yang hebat dari seorang lelaki sudah boleh merangsang dia untuk datang inzal. Jadi, jika anda boleh memberi, isteri anda pasti akan lebih sayang pada diri anda.

Ciuman suami kepada isteri merupakan langkah permulaan meluahkan keinginan dan perasaan. Ciuman suami juga memberikan satu mesej kepada si isteri bahawa dia ingin meluahkan sesuatu. Terdapat pelbagai mesej yang di bawa mengikut jenis-jenis dan teknik ciuman, seperti cimuan di dahi, perut, tangan, bibir dan sebagainya.

Ciuman adalah pertukaran emosi dan satu bentuk komunikasi antara anda dan pasangan anda. Apabila anda ingin mencium isteri anda, anda lakukannya dengan fikiran yang penuh dengan rasa sayang terhadapnya. Isteri anda akan lebih terangsang jika anda selalu mengacah – acah untuk mencium si dia iaitu anda seolah – olah ingin menyerang dia dengan senyuman tetapi anda hanya letakkan bibir sahaja.

Dia akan rasa terangsang kerana dia bayangkan anda akan mencium dia sepenuh hati tetapi tidak. Daya imaginasi memang boleh merangsang seseorang. Ciuman suami yang terbaik adalah meletakan bibir kepada bibir isteri dan biarkan si isteri memulakanlangkah ciuman. Perhatikan cara ciuman isteri anda kerana hal ini juga mengambarkan keinginan isteri pada anda. Lebih dalam ciuman dan lebih kuat bermakna isteri sangat menyayangi anda.


Seterusnya, untuk hasilkan ciuman yang baik adalah meniru cara isteri anda mencium anda. Cium mulutnya dan kesan bagaimana dia mencium anda. Biarkan dia mengawal aktiviti bercium. Selepas beberapa ketika, anda cium dia dengan lebih agresif dan cuba untuk ambil alih mengawal aktiviti bercium. Apabila anda berbuat demikian, dia akan rasa tindakan agresif yang anda lakukan dan akan cuba mengekalkan kawalannya. Akhirnya anda berdua akan bercium dalam keadaan yang penuh nikmat.

Tindakan balas ini akan menghasilkan suasana beralun dan konsisten. Untuk itu keadaan isteri anda akan lebih bersedia untuk menghadapi tindakan seterusnya dan menyerahkan tubuhnya kepada anda. Ciuman juga merupakan kunci untuk mengetahui ‘mood’ dan keinginan seks isteri anda. Oleh itu, berusahala untuk memberikan ciuman yang terbaik dan bukan dengan tindakan yang gelojoh kerana ini boleh memberikan impak buruk kepada isteri anda.

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme