Followers

Home » , » PENGANTIN ARTIS ISLAM BERPAKAIAN SEKSI

PENGANTIN ARTIS ISLAM BERPAKAIAN SEKSI



 “Saya akui baju dipakai ketika satu majlis resepsi perkahwinan saya seksi kerana bertemakan cara orang Inggeris. Namun, bagi saya ia tidak melampaui batas. Lagipun, ketika itu saya hanya mengikut tema majlis,” kata artis terkenal, Memey.
PENGANTIN+SEKSI

Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 26, mencipta kontroversi apabila mengenakan skirt pendek sebagai busana pengantin dalam majlis resepsi perkahwinannya dengan pelakon, Norman Hakim, September lalu.

Selain Memey, penyanyi Hai Hai Bye Bye, Ezlynn turut mengenakan skirt pendek dalam majlis resepsi perkahwinannya dengan Adam, awal tahun ini.

Memey dan Ezlynn hanya contoh, malah konsep perkahwinan moden itu seakan-akan menjadi ‘trend’ apabila pelbagai budaya Barat dibawa masuk dan digunakan dalam majlis persandingan orang Melayu, sekali gus mengetepikan adat resam yang dipegang sejak ratusan tahun dulu.

Meskipun Islam tidak menghalang apa jua konsep dalam perkahwinan, segelintir pengantin terlalu taksub untuk mencari kelainan dalam majlis persandingan mereka hingga bertindak melampaui kebiasaan masyarakat Melayu yang majoritinya beragama Islam.

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


2 comments:

phia said...

itu duit mereka....

Anonymous said...

itu dosa mereka...

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme