Followers

Home » , » Padah : Jual Ubat Tak Daftar

Padah : Jual Ubat Tak Daftar

TELUK INTAN – Kementerian Kesihatan cawangan negeri menyerbu tujuh premis menjual ubat-ubatan tradisional tidak berdaftar dan seludup di bazar niaga berhampiran Menara Condong di sini, kelmarin.

Dalam serbuan itu, Bahagian Penguatkuasa Farmasi telah merampas beribu-ribu biji pil perancang keluarga dan ubat-ubatan tidak berdaftar bernilai lebih RM20,000. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi), Ruhaiyem Yahya berkata, ubat-ubat berkenaan didalangi oleh beberapa peniaga warga asing yang memperoleh keuntungan daripada hasil penjualan ubat itu.

Menurutnya, siasatan mendapati hampir semua pemilik premis mendapati menjual ubat haram dan pil perancang keluarga yang boleh merosakkan sistem hormon tubuh. “Pemeriksaan mengejut ini dilakukan oleh 14 pegawai dan  dibantu dua anggota polis selepas risikan dilakukan sejak seminggu lalu.

“Pihak penguatkuasaan juga turut merampas pelbagai jenis jamu tidak berdaftar dan dikesan mengandungi racun berbahaya termasuk steroid yang diambil berterusan boleh mengundang maut,” katanya. Ruhaiyem berkata, sindiket  penjualan ubat-ubatan seludup ini juga turut menggunakan pelekat label hologram KKM palsu untuk mengaburi pengguna.

“Namun, penipuan ini dapat dikesan dengan menggunakan alat dekoder hologram KKM pada ubat-ubat yang diperiksa. “Peniaga yang menjual ubat mengandungi bahan dilarang boleh didakwa mengikut Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,00 atau penjara,

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme