Followers

Home » , , » Neelofa Kini Banyak Merungut, Nafi Mula Besar Kepala

Neelofa Kini Banyak Merungut, Nafi Mula Besar Kepala


Neelofa atau lebih dikenali dengan gelaran Kim Kardashian Malaysia, kini khabarnya semakin besar kepala, benarkah? Sudahlah dengan lantang mengkritik produksi Nona di Twitter milik beliau, kini timbul pula isu baru yang mengatakan beliau menimbulkan masalah di set pengambaran ‘Dibah Lori’.



lantangnya Neelofa mengkritik produksi Nona yang telah bertapak lama sebelum beliau dewasa lagi. Tapi mungkin ada sebab disebalik kritikan beliau bukan? Menurut Lofa, sebagai pengacara, beliau haruslah menjaga penampilan dan pemakaian, tetapi produksi nona seringkali menyediakan persalinan yang kurang sesuai dengan dirinya, dan ini bukanlah kali pertama.
Merujuk kepada apa yang dirungutnya itu, kami rasa agak masuk akal juga. Mungkin, kerana pengacara bersama Neelofa iaitu Farah Fauzana juga kami rasakan kadang-kala pemakaian beliau ada yang ‘tidak kena’ sedikit. Kesian dengan penampilan Farah, tetapi bab Neelofa, tidak pernah pula kami nampak kekurangan yang ada padanya.

Selain itu, Neelofa juga mendakwa, beliau tegas dengan pendirian beliau, dan itu yang membuatkan ramai pihak salah tafsir akan ketegasannya dan membuat konklusi, Lofa berlagak diva. Tapi Lofa yakin, satu hari nanti, mereka akan memahami beliau dan menghormati apa yang beliau katakan itu.

Mengenai masalah yang telah dicetuskan oleh beliau sewaktu pengambaran ‘Dibah Lori’ pula, Lofa menyifatkan dia hanya belum jelas tentang watak yang perlu dibawa, dan bertindak menghubungi Pengurus Produksi telemovie untuk mendapatkan penjelasan dan keterangan lanjut,

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami



0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme