Followers

Home » » Misteri Bau Wangi Di Sebuah Rumah

Misteri Bau Wangi Di Sebuah Rumah


GERIK: Misteri sebuah rumah terletak di hujung Kampung Pahit Tengah, di sini, yang kerap menghasilkan bau wangi sejak berbulan lamanya akhirnya terbongkar apabila kediaman itu didapati menjadi stor menyimpan kayu gaharu curi bermutu tinggi.
Difahamkan, penduduk pelik apabila kerap terhidu bau wangi luar biasa setiap kali melintasi rumah berkenaan yang dihuni seorang lelaki warga emas.

Rahsia itu berjaya didedahkan selepas sepasukan 15 anggota Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Perak, diketuai Asisten Superintendan Kasturi Othman menyerbu rumah berkenaan, jam 12.30 tengah hari semalam.

Kasturi berkata, dia dan anggota lain terhidu bau wangi yang kuat sebaik mendekati rumah itu.

“Kami meminta pemilik rumah berusia 62 tahun itu memberi kerjasama untuk masuk ke kediamannya bagi menyiasat. Bagaimanapun, lelaki itu cuba menghalang dan menafikan menyimpan kayu gaharu.

“Namun kami akhirnya berjaya masuk ke rumah dan menemui 20 guni kayu gaharu bermutu tinggi Gred A dan Gred B sebanyak 645 kilogram,” katanya, di sini, semalam.

Kasturi berkata, ketika pemeriksaan dilakukan, suspek bersama isteri, tiga anak dan beberapa saudaranya beberapa kali cuba menghalang dan mengganggu siasatan.

“Pemeriksaan mendapati sebuah bilik dijadikan tempat menyimpan kayu gaharu Gred A bernilai RM20,000 sekilogram, manakala kayu gaharu Gred B bernilai antara RM10,000 hingga RM15,000 sekilogram diletakkan di merata tempat di dalam rumah.

“Dalam serbuan itu juga, anggota UPP merampas sebanyak 95 karton rokok seludup pelbagai jenama yang disimpan di rumah sama dengan nilai termasuk cukai, kira-kira RM5,000,” katanya.

Menurutnya, semua rokok seludup itu ditemui disembunyikan di bawah katil.

“Suspek kemudian mengaku memiliki kayu gaharu yang dibeli secara sembunyi daripada individu yang mencurinya dari Hutan Simpan Royal Belum, Banding.

“Kayu Gaharu Gred A itu dibeli dengan harga RM3,000 dan dijual semula dengan harga RM20,000 bagi setiap kilogram, manakala rokok seludup pula diambil dari Taiping.

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme