Followers

Home » , » Lelaki kahwin dua pecah tembelang kerana Facebook

Lelaki kahwin dua pecah tembelang kerana Facebook


Menurut kertas pertuduhan yang difailkan Khamis lalu, O’Neill mengahwini seorang wanita pada 2001, berpindah pada 2009 dan menukar namanya sebelum berkahwin lain tanpa menceraikan isteri pertamanya.

Isteri tua pertama kali menyedari O’Neill berkahwin lain apabila dia menjadi kenalan madunya melalui pautan “Orang yang mungkin anda kenali” di Facebook.

“Isteri pertama kemudian melihat laman Facebook isteri kedua dan melihat suaminya bersama kek perkahwinan,” kata pendakwa raya daerah Pierce County, Mark Lindquist kepada agensi beritaAssociated Press (AP)

Isteri pertama kemudian berkunjung ke apartmen madunya dan berulang kali menyoal suaminya sama ada mereka sudah bercerai tetapi dia menjawab: “Tidak, kita masih suami isteri.,”

O’Neill, 41, sebelum ini menggunakan nama Alan Fulk. Dia yang dihadapkan ke mahkamah Khamis lepas boleh dipenjara lima tahun jika didapati bersalah.

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme