Followers

Home » , » Jimmy Shanley Mendakwa Isteri Mengaku Mengandung Anak Luar Nikah

Jimmy Shanley Mendakwa Isteri Mengaku Mengandung Anak Luar Nikah

Satu per satu kesalahan isteri Jimmy Shanley terbongkar di mahkamah & terbaru pengacara ini memberikan keterangan tentang pengakuan Nursuhaila Eliani Suhaimy yang agak mengejutkan kami selepas membaca’nya.

Menurut Jimmy Shanley yang memberi keterangan hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, isterinya itu mengaku mengandung anak luar nikah dan bersedia untuk gugurkan kandungan tersebut jika benar anak yang di’kandung itu merupakan benih Jimmy Shanley.

Nursuhaila Eliani membuat kenyataan sebegitu pada 24 Januari 2011 selepas Jimmy Shanley menegur wanita itu yang masih berjudi.

Isteri Jimmy Shanley memberikan kenyataan melalui SMS yang berbunyi “Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.”

Jimmy Shanley mendakwa beliau membalas SMS tersebut dengan bertanyakan anak siapakah yang isteri beliau kandungkan kalau bukan anak beliau dan Nursuhaila Eliani menjawab “Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah”, pengacara ini membaca SMS yang di’terima. 

Jimmy Shanley dalam prosiding mahkamah hari ini turut menyebut 5 sebab kenapa beliau mendakwa isteri’nya nusyuz – berjudi semula; menghilangkan diri selama 16 hari; bercuti di China tanpa izinnya; mendakwa anak yang dikandungkannya sebagai luar nikah dan mengugut mahu menggugurkan kandungan jika mengandungkan anaknya.

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


1 comments:

myka ommya said...

mcm2 aih depa ney..crita2 cm 2 pon nk heboh kt owg..

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme