Followers

Home » , » Gara2 foto lucah tersebar.Artis ni buat laporan Polis

Gara2 foto lucah tersebar.Artis ni buat laporan Polis



Artis hiburan Indonesia, Syahrini telah report polis mengenai foto-foto gambar panas lucah bogelnya di laman web blog.
Sejak tersebarnya foto-foto panas lucah Syahrini di dalam internet, bekas rakan duet penyanyi dan komposer, Anang Hermansyah ini nampaknya masih belum bersedia untuk memberikan apa-apa kenyataan rasmi kepada pihak media.

Adakah benar foto-foto panasnya itu dicuri dan disebar orang yang tidak bertanggungjawab?

Sebaliknya, dia lebih senang untuk berdiam diri serta menyerahkan hal tersebut ke tangan pihak peguamnya, Warsito.

Kata Wirsito, setelah meneliti kesemua foto-foto yang telah tersebar di alam maya itu, akhirnya dia memutuskan untuk melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa.

"Saya berharap dengan laporan yang dibuat ini, pihak berkuasa akan dapat membuat siasatan dengan segera untuk mencari pelaku yang telah menyebarkan kesemua foto tersebut.

"Malah, ini juga satu pengajaran buat kita semua. Walaupun negara kita ini dalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, namun hak asasi manusia dan privasi manusia juga perlulah dihormati," katanya.

Jelas Warsito lagi, foto-foto yang telah tersebar untuk diambil oleh Syahrini, bukanlah untuk tatapan publik. Sebaliknya, ia merupakan koleksi peribadinya penyanyi jelita tersebut.

"Masalah ini tidaka kan tercetus sekiranya ia tidak didedahkan atau dipaparkan oleh pihak yang tertentu dengan tujuan-tujuan yang tidak bertanggungjawab.

"Sebab itulah, pihak kami memutuskan untuk membawa perkara ini kepada pihak berkuasa. Biar saja, undang-undang yang menentukannya.

Masalah ini sebenarnya boleh berlaku kepada sesiapa saja. Namun, ianya tidak boleh dibiarkan begitu saja. Jika tindakan tegas tidak diambil, mungkin masalah seperti ini akan berterusan berlaku," katanya lagi.

Warisito juga berpendapat bahawa penyabaran foto-foto panas Syahrini ini dilakukan dengan sengaja dengan niat untuk menjatuhkan maruah Syahrini serta memburukkan reputasinya sebagai pekerja seni.

Foto-foto panas Syahrini yang tersebar itu telah menunjukkan beberapa aksi Syahrini dalam keadaan yang ghairah dan seksi.

Ada di antara foto itu juga turut diambil bersama beberapa artis lelaki Indonesia. Malah, sebuah lagi gambar menunjukkan aksi Syahrini sedang berkucupan mulut dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme