Followers

Home » » Azura Hot FM Tidak Mahu Tahu Jantina Bayinya

Azura Hot FM Tidak Mahu Tahu Jantina Bayinya

KUALA LUMPUR – Bekas penyampai radio Hot FM, Azura, 31, mahu mendapat kejutan apabila dia sengaja enggan mengambil tahu jantina janin yang sedang dikandungnya biarpun cahayamata sulungnya itu bakal dilahirkan pada April ini.

Menurut Azura yang kini menjawat jawatan sebagai Ketua Program Rancangan Hot FM, pada masa sama suaminya Syafique Zainun telahpun mengetahui jantina anak mereka selepas diberitahu oleh doktor yang membuat imbasan ke atas kandungannya itu.
“Saya suruh suami saya jangan beritahu apakah jantina anak yang sedang saya kandung ini. Bagi saya bayi lelaki atau perempuan tidak menjadi isu. Saya akan menerima apa juga jantina anak kami kerana yang penting sihat dan selamat bersalin nanti.
“Cuma doktor memberitahu saya mungkin akan bersalin pada 24 April nanti. Soal pakaian bayi juga tiada masalah kerana buat masa ini saya beli sahaja. Semasa bayi pakaian bayi tidak mengira jantina dan apabila sudah besar sedikit nanti baru pilih pakaian yang sesuai,” katanya.
Azura yang sedang sarat mengandung tujuh bulan itu ditemui selepas sidang akhbar Konsert Big Jam 2012 Hot FM di Kelab Baruk Borneo di sini semalam. Big Jam 2012 akan diadakan di Datran Syahbandar, Kuala Terengganu pada 10 Mac ini sempena ulang tahun ke-6 Hot FM.
Azura yang sebelum ini pernah menjadi penyampai Hot FM selama dua tahun menambah dia telah membuat pelbagai persiapan lain bagi menyambut kelahiran bayinya itu selepas hampir tiga tahun mendirikan rumahtangga dengan Syafique yang merupakan kakitangan di TV3.
“Saya akan bersalin di rumah keluarga mertua saya di Danau Kota, Kuala Lumpur tetapi dalam proses berpantang selama dua bulan. Selepas itu saya akan balik ke rumah ibu bapa saya di Taman Desa Putra, Kuala Terengganu. Saya mungkin akan mengambil orang gaji bagi menjaga bayi kami.
“Selain itu, selepas habis pantang saya bercadang mahu berpindah dari Danau Kota ke Damansara Damai di Petaling Jaya kerana jaraknya dekat dengan Sri Pentas di Bandar Utama tempat saya bekerja bagi memudahkan saya dekat dengan bayi saya itu nanti,

Posted @  http://infosahaja.blogspot.com/

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme