Followers

Home » » Tragedi - Bahaya Akibat Terlelap sesaat

Tragedi - Bahaya Akibat Terlelap sesaat

Keadaan kereta Wira yang terperosok di bawah Alza dalam kejadian yang berlaku di Jalan Mahkota di sini, semalam.
KUANTAN - Dentuman bunyi kuat mengejutkan pengunjung dan pekerja di Jalan Mahkota di sini selepas sebuah kenderaan merempuh belakang kenderaan yang diletakkan di jalan tersebut di sini, semalam

Insiden yang berlaku kira-kira jam 8.30 pagi menyaksikan sebuah kereta jenis Wira melanggar belakang kenderaan MPV Perodua Alza sehingga terperosok ke bawah Alza sebelum terseret ke sebuah tiang lampu di hadapan sebuah restoran di jalan itu.

Seorang saksi kejadian yang dikenali dengan nama Borhan, 50an memberitahu, dia berada dalam sebuah premis terdengar bunyi kuat itu lalu dirinya keluar meluru ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan.

Menurutnya, kereta Alza itu tidak mempunyai pemandu manakala kereta Wira itu dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 30an.

“Saya mengetuk tingkap keretanya dan pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Dia memberikan alasan terlelap menyebabkan kenderaan yang dipandunya melanggar belakang kereta terbabit,” dakwanya.

Posted @  http://infosahaja.blogspot.com/

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami

Sila Tunggu Sebentar Untuk Komen jika Speed Internet Anda Perlahan



 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme