PASIR MAS - Dua pelajar tingkatan lima maut manakala tiga lagi cedera parah apabila terlibat dalam kemalangan di Kampung  Hutan Cengal dekat sini, jam 8.30 malam tadi.

Mangsa yang maut adalah Mohd Aiman dan Mohd Nur Hanif manakala yang parah hanya dikenali sebagai Yuzairi, 17; Razif,17 dan Khairul Nizam,15.

Yuzairi dan Razif dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) manakala Khairul menerima rawatan di Hospital Pasir Mas.

Mereka dipercayai menunggang motosikal dengan laju sebelum bergeser antara satu sama lain.