Followers

Home » » Tinggal Duit Beli Baju Raya

Tinggal Duit Beli Baju Raya

KUALA KUBU BHARU: “Saya tidak sangka pemberian RM400 oleh arwah suami awal pagi tadi untuk membeli baju raya tiga anak menjadi kenangan terakhir memilukan dalam keluarga kami,” kata Maimunah Ahmad, 45 menceritakan perlakuan pelik suaminya, Abd Ghafar Lahakim, 52, sebelum terbabit kemalangan di Kilometer 432.3 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berdekatan persimpangan keluar plaza tol Bukit Beruntung, dekat sini, semalam. Kejadian berlaku jam 6.15 pagi apabila mangsa dirempuh lori membawa papan yang terbabas sebelum dilanggar sebuah lori lain dari arah sama. Menurutnya, mangsa keluar rumah di Kampung Sungai Behrang di Slim River menaiki motosikal Kawasaki berkuasa tinggi jam 5 pagi untuk bekerja sebagai pasukan polis bantuan di KL Monorel di Brickfields. “Saya menasihati arwah supaya tidak perlu membelikan baju raya anak kerana masih mempunyai masa berbuat demikian. Arwah bertegas memberikan wang itu. “Tidak sangka kelakuan pelik itu menandakan arwah meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), di sini, semalam. Beliau berkata, dia dimaklumkan kejadian menimpa suaminya pada jam 8.30 pagi semalam oleh anggota polis dari Balai Behrang, Tanjung Malim. “Saya membawa tiga daripada sembilan anak saya ke HKKB untuk menuntut jenazah selepas bedah siasat selesai dilakukan. “Arwah ada menyatakan hasrat membawa tiga anak kami bersiar-siar di ibu negara pada petang hari kejadian selepas selesai bekerja jam 7 malam,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi berkata, siasatan kejadian masih dilakukan untuk mendapatkan maklumat kemalangan itu. Katanya, pemandu lori yang parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh manakala seorang lagi pemandu lori belum dapat dikesan. “Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lebih 20 kilometer selama lima jam di tempat kejadian. Ketika itu cuaca terang dan jalan kering. “Siasatan awal mendapati lori papan hilang kawalan lalu terbabas sebelum dirempuh sebuah lori lagi yang juga terbabas lalu terbalik,” katanya. Norel berkata, mayat mangsa dibawa ke HKBB pada jam 9 pagi untuk bedah siasat. Posted @ http://infosahaja.blogspot.com/

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.

Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


Sila Tunggu Sebentar Untuk Komen jika Speed Internet Anda Perlahan

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme