Followers

Home » » Tanda BN Tak Yakin,Dakwa Pakatan

Tanda BN Tak Yakin,Dakwa Pakatan

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) belum yakin dengan sokongan rakyat terhadap perikatan itu sehingga terpaksa mengharapkan pada pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kali kedua.

Menurut Salahuddin lagi, syor agar BR1M kali kedua disediakan adalah salah satu cara untuk meraih undi ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beberapa pemimpin BN berpendapat bahawa pemberian BR1M kali kedua akan mengurangkan beban rakyat dan sangat diperlukan dalam keadaan semasa ekoran kenaikan kos sara hidup.

Bagaimanapun menurut Salahuddin, cara pemberian BR1M bukanlah satu kaedah yang baik untuk membantu rakyat kurangkan kos sara hidup dan bukan langkah yang bijak.

"Hal ini menunjukkan BN masih belum punyai keyakinan dengan sokongan rakyat dalam menghadapi PRU13 akan datang, dan kemungkinan itu, pengumuman tarikh pilihan raya masih ditangguhkan sehingga ke hari ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Beliau turut mengatakan bahawa faktor utama kos sara hidup rakyat meningkat adalah disebabkan kenaikan harga barang dan kadar pendapatan yang semakin kecil.
 
"Ini bukan langkah transformasi yang bagus, yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak," tambah Naib Presiden Pas itu.

Sementara itu,  Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, pemberian BR1M haruslah kepada penerima yang benar-benar perlukan dan bukannya membazirkan wang rakyat kerana wang itu adalah wang rakyat yang didapati melalui kutipan cukai setiap
tahun.

Seng Giaw yang juga seorang Ahli Parlimen Kepong mendakwa, pemberian wang tunai kepada rakyat melalui BR1M adalah salah satu cara untuk meraih undi oleh Umno-BN untuk PRU tidak lama lagi.

"Kita tak pasti sama ada dengan pemberian wang tunai itu adalah benar-benar membantu rakyat dalam tempoh berpanjangan atau untuk masa terdekat ini sahaja.

"Wang itu sepatutnya perlu diberikan tanpa ada agenda lain kepada rakyat dan perlu membuat kajian terlebih dahulu untuk elakkan pembaziran melalui pemberian wang kepada individu yang salah..

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami

Sila Tunggu Sebentar Untuk Komen jika Speed Internet Anda Perlahan

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme