Followers

Home » » Sebuah Bangunan Terbakar Dalam Pembinaan

Sebuah Bangunan Terbakar Dalam Pembinaan



KUALA LUMPUR: Tingkat tujuh sebuah bangunan dalam pembinaan berdekatan Institut Penyelidikan Perubatan Kementerian Kesihatan terbakar, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, kebakaran pukul 12.43 tengah hari itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

"Siasatan awal mendapati ia (kebakaran) mungkin berpunca daripada kebakaran mekanikal yang terdapat dalam ruang siling. Namun, kita masih menyiasat punca kebakaran sebenar," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Azizan berkata pemeriksaan juga mendapati beberapa sistem penyembur air automatik di bahagian dalam siling tingkat itu juga pecah sehingga menyukarkan proses pemadaman.

"Ketika kejadian, terdapat 10 hingga 20 orang pekerja yang sedang menjalankan kerja-kerja pembinaan di bangunan lapan tingkat itu," katanya sambil menambah bomba mengambil masa kira-kira empat jam mengawal kebakaran itu.

Enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Chow Kit, Sentul dan Jelatek bersama 35 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme