Followers

Home » » Politik - PRU13 Guna Manifesto Pakatan Bersama

Politik - PRU13 Guna Manifesto Pakatan Bersama



PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) akan menggunakan manifesto bersama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Bagaimanapun menurut beliau, akan ada manifesto peringkat negeri mengikut keperluan masing-masing.

"Walaupun negeri-negeri lain mempunyai dan menambah manifesto lain, namun kita akan tetap guna hanya satu manifesto yang telah dipersetujui pemimpin PR," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di ibu pejabat PKR di sini petang tadi.

Ketua Umum Pakatan Rakyat Presiden Parti Keadilan Rakyat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin Pakatan Rakyat memberi perhatian dan hampir siapkan isi rundingan manifesto untuk pilihanraya akan datang.

"Isi dalam manifesto mengandungi laporan tentang rundingan selepas pilihanraya nanti dan PR akan menjelajah beberapa negeri untuk menjelaskan manisfesto yang telah dibincangkan.

"Walaupun negeri-negeri lain mempunyai dan menambah manifesto lain,namun kita akan tetap guna hanya satu manifesto yang telah dipersetujui pemimpin PR,"katanya pada sidang media selepas berakhirnya 'Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat' di ibu pejabat PKR di sini petang tadi.

"Apa jua perubahan dasar yang berlaku kami tak akan ubah apa keputusan yang telah kami buat" tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kita (PR) akan pertahankan apa yang dipersetujui PR dalam Buku Jingga yang memegang tiga konsep iaitu agama islam agama rasmi, Bahasa Melayu bahasa kebangsaan dan rakyat bebas mengamalkan anutan agama masing-masing seperti yang dinyatakan juga dalam perlembagaan Malaysia.
 
 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme