Followers

Home » » Perghhh..Suami Cabul Isteri Orang

Perghhh..Suami Cabul Isteri Orang


BUKIT MERTAJAM -Seorang operator kilang dijatuhi hukuman penjara 24 bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, semalam, selepas mengaku bersalah mencabul kehormatan seorang wanita.

S Balamurugan, 29, dari Taman Widuri, Sungai Jawi, dituduh melakukan kesalahan itu pada 25 Mei lalu kira-kira jam 3 petang di sebuah rumah dekat blok D14, Gerbang Tuna, Seberang Jaya.

Mengikut fakta kes, Balamurugan dikatakan menggunakan kekerasan jenayah ke atas seorang wanita, K Sri Puvaneswary, 34, yang juga merupakan isteri orang dan mempunyai dua anak dengan maksud hendak mencabul kehormatan.

Balamurugan yang memakai baju putih dan berseluar jean biru itu tunduk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil.

Dia bagaimanapun sebelum itu mengaku tidak bersalah dan diberi jaminan RM8,000 oleh mahkamah, namun, bertindak menukar pengakuan selepas mengetahui hukuman maksimum 10 tahun penjara atau sebat atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa raya, J G Kaameni Jaya Raman dalam pendakwaannya meminta mahkamah mengenakan hukuman paling berat ke atas tertuduh memandangkan kesalahan yang dilakukan amat berat, tambahan tertuduh masih berstatus suami dan mempunyai dua anak perempuan yang masih kecil.

“Meskipun tertuduh mengaku bersalah, namun, saya minta mahkamah mengambil kira keadaan tertuduh yang merupakan suami orang dan mencabul wanita lain yang masih bersuami dan ibu kepada dua anak.

“Dengan mengambil fakta itu, saya minta mahkamah mengenakan hukuman maksimum ke atas tertuduh, selain mengambil kira kepentingan awam supaya ia menjadi iktibar kepada orang lain.

“Ia juga bagi menginsafkan tertuduh untuk tidak melakukan kesalahan sama pada masa akan datang,” katanya kepada mahkamah.

Majistret, Arif Mohamad Shariff memerintahkan hukuman dijalankan berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap.

Dalam pada itu, isteri dan ibu mertua Balamurugan yang hadir di pekarangan mahkamah tidak dapat menerima keputusan yang dijatuhkan mahkamah dengan mengatakan dia tidak bersalah.

Ibu mertua Balamurugan juga beberapa kali dilihat mundar- mandir dan cuba merayu supaya mahkamah meringankan hukuman yang dikenakan atas alasan keluarganya susah dan perlu menyara isteri dan anaknya yang berusia tujuh bulan dan empat tahun.

Dia juga meminta wartawan untuk tidak mengambil gambar menantunya itu kerana malu dengan ahli keluarga lain.

Posted @ http://infosahaja.blogspot.com/

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme