Followers

Home » » Maut Ditembak Kejadian Samun

Maut Ditembak Kejadian Samun


KUANTAN - Seorang lelaki mati ditembak dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Kemansor, dekat sini, semalam.
   
Wong Kum Chuan, 63, ditembak di bahagian perut dan disahkan mati dua jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Bentong.
   
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohd Yusri Hassan Basri berkata dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu, Wong yang menonton televisyen berseorangan terdengar bunyi bising di bahagian dapur rumahnya.
   
"Ketika itu isterinya berusia 60 tahun bersama dua anaknya iaitu lelaki dan perempuan tidur dalam bilik.
   
"Wong kemudian ke bahagian dapur rumah untuk memeriksa dan terserempak seorang lelaki yang sedang memegang selaras senapang patah. Mangsa bergelut dengan suspek yang menceroboh rumahnya itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata lelaki terbabit melepaskan satu das tembakan dari jarak dekat yang mengenai perut Wong.
   
"Anak lelaki Wong yang terdengar bunyi tembakan itu bergegas keluar dari bilik dan mendapati bapanya terbaring berlumuran darah," katanya.
   
Beliau berkata melihat anak lelaki mangsa, suspek mengarahkan anak lelaki mangsa menyerahkan wang tunai dan dia kemudian melarikan diri bersama wang tunai RM3,000.
   
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme