Followers

Home » » Kes Sosilawati Ditangguh,Tertuduh Pertama Sakit

Kes Sosilawati Ditangguh,Tertuduh Pertama Sakit


SHAH ALAM - Perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain - peringkat membela diri - yang dijadualkan bermula hari ini ditangguhkan kerana tertuduh pertama, N Pathmanabhan tidak sihat.
Peguam Manjeet Singh Dhillon memberitahu, anak guamnya itu rebah di Penjara Sungai Buloh  dan perlu mendapatkan rawatan lanjut di hospital, namun hadir ke mahkamah hari ini seperti dijadualkan.
Beliau turut memohon untuk meneliti semua exibit kes sebelum meneruskan pembelaan.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan permohonan itu dan menetapkan kes disambung hari ini.
"Mengambil kira keadaan tertuduh yang tidak sihat, mahkamah benarkan penangguhan.
"Mahkamah juga membenarkan peguambela meneliti semua exibit dan dokumen berkaitan kes dengan seliaan jurubahasa mahkamah, sebelum bela diri dimulakan," katanya.
Pada 30 April lalu, mahkamah memerintahkan Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya; T Thilaiyalagan, R Matan dan R Kathavarayan membela diri atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38;  peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat di Banting antara jam 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin, Idham Abd Ghani, Siti Rohaida Che Hamid dan Nur Azimul Azami Mohamad Nor mewakili pendakwaan.
Sementara itu, Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam; Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh; Matan diwakili Amer Hamzah Arshad dan Datuk Ng See Teong, manakala Kathavarayan diwakili Ravi Nekoo.

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami

Sila Tunggu Sebentar Untuk Komen jika Speed Internet Anda Perlahan

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme