Followers

Home » » Kes Seorang Bapa Yang Panas Baran

Kes Seorang Bapa Yang Panas Baran



KANGAR: Dua kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan empat tahun dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, selepas cedera dihentak dengan belakang pisau dan dilibas dengan getah paip oleh bapa mereka yang panas baran, Khamis lalu





Sumber berkata, kejadian itu berlaku di rumah mereka di Taman Padang Katong, di sini dan dalam pergaduhan itu suspek yang bekerja sendiri turut memukul isterinya.

Pasangan itu dikatakan kerap bergaduh dan suspek sering memukul anaknya walaupun berpunca daripada kesalahan kecil.

“Berdasarkan keterangan mangsa, mereka bertengkar dan suaminya bertindak memukulnya sebelum membelasah anak mereka menggunakan pisau yang diambil didapur.

“Suspek dikatakan menghentak anaknya itu dengan belakang pisau selain melibas mereka dengan getah paip,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa yang bimbang kejadian sama berulang membuat laporan polis pada kira-kira jam 5 petang, hari sama.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan kes itu dan berkata, polis sedang berusaha mengesan suspek yang melarikan diri selepas mencederakan anaknya.

Katanya, dua kanak-kanak terbabit masih dirawat di HTF, di sini dan keadaan mereka semakin pulih.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.


Posted @ http://infosahaja.blogspot.com/
 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme