Followers

Home » » Kereta Diangkat Oleh Penduduk Dan Diletakkan Diatas Pokok

Kereta Diangkat Oleh Penduduk Dan Diletakkan Diatas Pokok


Muak dengan jenaka jiran mereka, mereka telah membuat sesuatu yang mustahil dan tidak disangka.
Mereka mengangkat kereta jiran berusia 24-tahun, Zbigniew Filo ke atas pokok willow di Lubczyna, Poland, dan berharap lelaki itu akan mengubah cara dia memandu.


Penduduk tetap menutup mulut tentang siapa yang meletakkan kereta Ford Escort itu ke pokok, tetapi telah mengakui bahawa salah satu kereta crane penduduk tempatan dipinjam untuk melaksanakan misi itu.

Jurucakap polis, Marta Pierko mengatakan: "Kami menerima telefon dari seorang lelaki mengatakan keretanya tersangkut di pokok, dan dia menuduh jirannya yang melakukannya.

" Seseorang berkata : "Lelaki itu patut menerima 'hukuman' itu kerana cara pemanduannya berbahaya dan mungkin dia akan membunuh ramai orang. Mungkin dia akan berfikir dua kali bila memandu dan mengambil lesen memandu jika tidak mahu kejadian ini berlaku lagi.. "

Sekarang, lelaki itu malu dan telah berjanji untuk mengubah gaya memandu.

"Saya mendapatkan pengajaran, tapi saya fikir itu agak keterlaluan," katanya.


 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme