Followers

Home » , » Ibu maut kereta terbabas

Ibu maut kereta terbabas


MARANG- Seorang ibu maut apabila kereta jenis Proton Wira yang dipandu anak perempuannya hilang kawalan semasa cuba memotong kenderaan di hadapan sebelum memasuki laluan  bertentangan dalam satu kejadian kemalangan di Kilometer 11.5, Jalan Kuala Berang-Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, mangsa, Samariah Salleh, 50, dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun meninggal dunia dua jam kemudian di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat cedera parah di bahagian tulang belakang.

Sinar Harian difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa bersama suaminya, Embong Yusof, 67 dan anaknya, Siti Mazidah Mazlan, 21, dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu anaknya itu yang difahamkan seorang pelatih jururawat gagal mengawal keretanya ketika cuba memotong sebuah kenderaan lain.

“Pemandu dikatakan gagal mengawal kenderaan sebelum kereta itu melanggar sebuah lampu jalan dan terbalik di laluan bertentangan.

“Kesemua mereka dikejarkan ke HSNZ untuk rawatan lanjut sebelum mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya.

Jenazah mangsa sudah dituntut ahli keluarganya selepas selesai dibedah siasat manakala suami dan anak mangsa hanya cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya, yang dihubungi di sini, semalam mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.


Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme