Followers

Home » » Hangat - Perang Israel Tak Penting

Hangat - Perang Israel Tak Penting



TEHERAN: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam berkata, perang bukan sesuatu yang penting dalam usaha melihat kemusnahan Israel.

Agensi berita Iran, IRNA memetik pemimpin itu sebagai berkata: “Kemusnahan rejim Zionis tidak semestinya dengan berperang.”

Mahmoud berkata demikian dalam ucapan ketika melawat timur laut Iran.

“Jika negara di rantau ini memutuskan hubungan dengan rejim Zionis dan memulaukan segala yang berkait dengan mereka, ia akan menumbangkan rejim itu, seterusnya memusnahkan Israel.”

Presiden Iran itu yang terkenal kerana sering membuat ucapan mengecam Israel juga menyifatkan negara Yahudi itu sebagai ‘tumor berbarah’ yang akan pupus dari rantau itu.

Beliau juga menyelar Arab Saudi dan beberapa negara Teluk lain kerana menandatangani perjanjian kontrak minyak dengan Barat, khususnya pelindung Israel, Amerika Syarikat.

“Jika pemimpin negara berkenaan mempunyai otak, mereka tidak akan menjual minyak mereka hanya kerana untuk membeli senjata bernilai AS$60 bilion (RM180 bilion)

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme