Followers

Home » » Hangat - Kes Penipuan Berjumlah RM2.5 juta (RM835,373)

Hangat - Kes Penipuan Berjumlah RM2.5 juta (RM835,373)

JAKARTA: Cucu bekas Presiden Suharto, Ari Sigit, dinamakan sebagai suspek kes penipuan dan penyelewangan dana berjumlah RM2.5 juta (RM835,373) milik PT Krakatau Wajatama, sebuah anak syarikat milik kerajaan PT, Karakatau Steel.


Jurucakap Polis Jakarta, Pesuruhjaya Kanan, Rikwanto, berkata: “Dia dinamakan sebagai suspek.”
Katanya, polis memerintahkan Ari untuk disoal siasat tetapi masihb belum boleh berbuat demikian kerana dia berada di luar negara.

Pengarah PT Krakatau Wajatama, Sutrisno dan Mariati membuat laporan terhadap Ari pada 27 Oktober, 2011 selepas syarikat Ari gagal melaksanakan projek di tanah milik Krakatau Wajatama di Cilegon, Banten.


PT Krakatau Wajatama dikatakan telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM835,373 kepada syarikat Ari, PT Dinamika Daya Andalan untuk kerja itu..

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme