Followers

Home » , » Gandingan Hollywood Begaji Tinggi

Gandingan Hollywood Begaji Tinggi

LOS ANGELES 7 Jan. – Bintang filem Harry Potter, Emma Watson dan Rupert Grint dinamakan sebagai Pasangan Filem Berpendapatan Tertinggi di Hollywood oleh majalah Forbes.
Pasangan yang masing-masingnya memegang watak sebagai Hermione Granger dan Ron Weasley dalam filem francais ahli sihir itu memperolehi AS$4.2 bilion (RM13.2 bilion) dalam tempoh lima tahun lalu melalui penerbitan empat siri filem popular tersebut.
Pasangan filem Twilight, Robert Pattinson dan Kristen Stewart menduduki tangga kedua dengan memperolehi AS$2.5 bilion (RM7.9 bilion) hasil lakonan mereka dalam filem remaja popular itu sebagai Edward Cullen dan Bella Swan.
Shia LaBeouf dan Megan Fox pula berada di kedudukan ketiga carta selepas memperolehi AS$1.5 bilion (RM4.7 bilion) menerusi filemTransformers dan Transformers: Revenge of the Fallen.
Pasangan daripada filem Iron Man, Robert Downey Jr. dan Gwyneth Paltrow yang memegang watak sebagai Tony Stark dan Pepper Potts berada di tangga keempat dengan jumlah pendapatan AS$1.2 bilion (RM3.8 bilion).

Kedudukan kelima sekali lagi menampilkan pelakon Shia LaBeouf, kali ini dia bergandingan dengan Rosie Huntington-Whiteley menerusi filem Transformers: Dark of the Moon yang memperolehi pendapatan AS$1.1 bilion (RM3.5 bilion).
Dua pasangan daripada filem Pirates of the Caribbean pula mengisi kedudukan keenam dan ketujuh apabila Johnny Depp dan Penelope Cruz memperolehi AS$1 billion (RM3.1 bilion) manakala Orlando Bloom dan Keira Knightley memperolehi AS$963 juta (RM3 bilion) menerusi filem francais lanun itu.
Bintang Spider-Man, Tobey Maguire dan Kirsten Dunst berada di tangga kelapan selepas berjaya memperolehi AS$890 juta (RM2.8 bilion) diikuti pasangan Leonardo DiCaprio dan Marion Cotillard dalam filem Inception dengan pendapatan sebanyak AS$825 juta (RM2.6 bilion).
Sarah Jessica Parker dan Chris Noth tampil di kedudukan ke-10 carta selepas memperolehi AS$703 juta (RM2.2 bilion) menerusi filem Sex & the City.

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme