Followers

Home » » Gambar Bogel Yang Terakam Oleh Street View

Gambar Bogel Yang Terakam Oleh Street View


Seorang wanita sedang berbogel di depan rumahnya terakam oleh kamera Google Street View di Miami. Berbagai laman web memberitakan perkara ini dan menimbulkan pertanyaan tentang bagaimana privacy semakin tidak bererti di zaman CIT sekarang ini.

Google Street View adalah server aplikasi untuk pelbagai kepentingan di sebuah web, misalnya untuk “untuk membuat siaran langsung sesuatu acara atau sekadar menelusuri tempat-tempat tertentu.



Seorang wanita yang seperti sedang bingung tertangkap oleh kamera Google Street View ketika dia sedang bertelanjang di depan rumahnya. Wanita itu seperti berada di tempat dan waktu yang salah semasa sedang telanjang. Menurut salah satu komen, wanita tersebut seperti sedang mandi/mencuci, kemungkinan air panas ke rumahnya rosak dan menggunakan banyak bekas untuk menampung air. Malangnya semasa dia hendak mengambil air di takungan yang berada di halaman depan rumahnya, dia tidak mengenakan apa-apa pakaian alias bertelanjang-bulat. Semasa dia keluar dengan bertelanjang tersebut, kamera Google Street View menangkap fenomena aneh tersebut.


Tentu saja gambar ini sempat beredar di Google Street View. Namun beberapa masa kemudian Google menyamarkan gambar tersebut iaitu cencor di bahagian-bahagian penting dari tubuh perempuan tersebut.

Kejadian ini tentu saja menimbulkan pertanyaan, terutama di Amerika Syarikat, mengapa tidak ada wilayah privasi. Mengapa seseorang yang dengan suatu alasan tertentu sehingga tidak memakai apa-apa semasa di depan rumahnya patut di rakam oleh kamera Google.

Pertanyaan sebaliknya juga dapat diberikan mengapa berbogel semasa berada di luar rumah? Mungkin wanita ini tidak menyedari bahawa apabila berbogel boleh tertangkap oleh kamera, tidak saja Google Streeet View, tetapi juga kamera orang lain yang kebetulan melintas semasa wanita tersebut keluar rumah dengan berbogel?

Di tahun 2008, Jabatan Pertahanan AS meminta Google untuk menghapuskan gambar dari sebuah pangkalan tentera di Texas dan melarang Google untuk mengambil gambar tentera lebih lanjut. Google setuju mematuhi larangan ini dan tidak mendapatkan tindakan undang-undang terlebih dahulu. Di tahun yang sama, pasangan di Pennsylvania menyaman Google untuk privasi, pelanggaran, kelalaian, dan penganiayaan setelah gambar rumah mereka diposting di internet.

Hakim menolak saman tersebut, namun mereka kemudian merayu dan menuntut pencerobohan kerana kereta kamera Google berada di jalan pribadi mereka semasa mengambil gambar rumah tersebut.Pasangan ini akhirnya memenangi saman tersebut dan Google membayar ganti rugi tetapi hanya satu dollar AS yang dengan senang hati dibayar oleh Google.


 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme