Followers

Home » » Disyaki Dalam 13 Kes Pecah Rumah

Disyaki Dalam 13 Kes Pecah Rumah


JOHOR BAHRU: Dua lelaki yang disyaki terbabit dalam 13 kes pecah rumah di sekitar bandar raya ini, ditahan dalam serbuan polis di sebuah rumah di Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling, di sini, Jumaat lalu. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata kedua-dua mereka yang dikenali sebagai 'geng Ah Hing' itu ditahan kira-kira dua jam selepas memecah masuk sebuah rumah di Jalan Panglin 8, kawasan perumahan sama, pada jam 6.15 petang.
"Dalam kejadian itu kedua-dua suspek melarikan barangan kemas, pelbagai jam tangan, komputer riba, telefon bimbit dan sebuah kereta Honda City," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di sini, hari ini.
Beliau berkata, kedua-dua mereka ditahan hasil maklumat awam dan polis menemui semula kereta Honda City itu serta pelbagai barangan lain, antaranya buku bank, 10 jam tangan pelbagai jenama, satu komputer riba, satu topi keledar, tiga telefon bimbit dan pelbagai peralatan pecah rumah. 

Ruslan berkata, polis turut merampas kereta Mitsubishi Lancer GT 2.0 dan Mitsubishi Evo 7 yang diguna kedua-dua lelaki terbabit dan polis mendapati kereta Mitsubishi Lancer GT 2.0 itu dicuri di Taman Century, di sini. 

Beliau berkata, kedua-dua mereka yang berumur 31 dan 32 tahun itu direman sehingga Jumaat untuk siasatan. 

Dalam kes lain, Ruslan berkata, polis menahan lima lelaki rakyat Indonesia ketika mereka menyamun sebuah kilang membuat acuan besi di Jalan Perdagangan 4, Taman Universiti, di sini, Rabu lalu. 
Beliau berkata, kelima-lima mereka yang memasuki negara ini secara sah ditahan pada jam 2.50 pagi hasil maklumat awam. 

"Dalam kejadian itu, kelima-lima mereka telah mengikat tiga pekerja kilang itu dan mengambil telefon bimbit, dompet serta wang mangsa. Mereka turut mengalihkan beberapa barangan tembaga bernilai RM300,000, namun, tidak sempat melarikan kesemua barangan berkenaan ekoran tindakan pantas polis," katanya. 

Beliau berkata, polis merampas dua parang milik mereka dan kesemua mereka yang berumur 24 hingga 42 tahun itu kini direman sehingga 5 Jun untuk siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. 

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami

Sila Tunggu Sebentar Untuk Komen jika Speed Internet Anda Perlahan

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme