Followers

Home » » Berita-Kanak-Kanak Terjatuh Dari Tingkat 13

Berita-Kanak-Kanak Terjatuh Dari Tingkat 13

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun maut apabila terjatuh dari tingkat 14, Pangsapuri Desa Mawar, Farlim di Ayer Itam di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata pada kejadian antara pukul 8 malam hingga 11.30 malam itu, mangsa dikatakan tinggal bersendirian di rumah milik datuknya.

"Kanak-kanak itu tinggal berdua dengan datuknya di rumah itu sejak lahir kerana kedua ibu bapanya telah bercerai dan ketika kejadian, datuknya tiada di rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, setakat ini polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan jenayah berhubung kejadian itu dan siasatan juga mendapati terdapat dua buah kerusi yang dibiarkan berada di balkoni rumah berkenaan.

Mayat kanak-kanak itu telah dihantar Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan awal mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.

Admin: Tingkat 13 tinggi tu...

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami



 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme