Followers

Home » » Air Mayat

Air Mayat

Infosahaja- TAWAU: Mayat seorang lelaki bogel dan hampir reput dijumpai di dalam sebuah tangki simpanan air di Projek Perumahan Rakyat Sri Titingan dekat sini pagi tadi.


Gambar hiasan
Mayat dijumpai oleh seorang kakitangan pengurusan perumahan berkenaan kira-kira 8.30 pagi selepas mendapat aduan penghuni bahawa air yang mereka gunakan sejak seminggu lalu berbau seperti bahan pencuci dan busuk.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin, mengesahkan penemuan mayat berkenaan.
"Siasatan awal kita mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, mahu Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kimia sentiasa memeriksa tangki simpanan air di kawasan perumahan. -

Posted@ infosahaja.blogspot.com
 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme