Followers

Home » » 3 warga Indonesia dipenjara dan disebat

3 warga Indonesia dipenjara dan disebat


KUALA TERENGGANU - Tiga warganegara Indonesia dihukum penjara tujuh tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan melakukan rompakan bersenjata awal bulan ini.

Mawardi Dimak, 29, didakwa melakukan rompakan itu bersama Sahrun, 25, dan Hamdi Keson, 24, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Bukit Tanah, Kampung Raja, Besut sekitar pukul 2 pagi, 8 Mei lepas.

Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh ketiga-tiga tertuduh ditangkap iaitu pada pukul 8 malam hari yang sama, di rumah kongsi ladang kelapa sawit Seri Alam, Kampung Bukit Jeruk, Kampung Raja Besut.

Mengikut fakta kes, ketiga-tiga tertuduh yang merupakan pekerja kontrak ladang berkenaan telah memecah masuk rumah pengadu, Shafie Mohamad, 46, dan meletakkan parang di leher mangsa dan isterinya serta mengugut akan membakar rumah sebelum melarikan barang kemas bersama wang tunai dianggarkan bernilai RM8,000.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 397 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan sebatan.
Ketiga-tiga tertuduh mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan.
Sementara itu, di mahkamah yang sama, Hamdi Keson dan Sahrun turut mengaku salah terhadap dakwaan memasuki negara ini tanpa dokumen yang sah.

Kedua-duanya didakwa bersama tujuh lagi rakan senegara iaitu Anton Idin, 20; Muhamad Jalaludin Keson, 25; Muhtar, 24; Mus, 20; Sadeli, 25; Suhardan, 32 dan Suwinton, 20,wa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta yang sama.

Kesemua mereka yang turut mengaku salah, ditahan ketika hadir memberi keterangan berhubung kejadian rompakan berkenaan di perkarangan Ibu pejabat Polis Daerah Besut, Kampung Raja, Besut pada pukul 5 petang, 22 Mei lepas.

Mereka masing-masing dijatuhkan hukuman enam bulan penjara dan dua sebatan oleh Hakim Wan Fadhilah Nor. 

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme