Followers

Home » » 2 Lelaki Pecah Rumah Dicekup

2 Lelaki Pecah Rumah Dicekup

JOHOR BAHRU - Dua lelaki yang aktif menjalankan kegiatan pecah rumah pada waktu siang di kawasan Johor Bahru Utara berjaya ditahan polis selepas dua jam melakukan jenayah terbabit di sebuah rumah di Jalan Panglin 8, Taman Perling, di sini, 25 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, keduadua penjenayah berusia 31 dan 32 tahun itu ditangkap di sebuah rumah di Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling dan sebahagian besar barangan serta kereta yang dicuri turut dirampas.

“Polis menerima laporan bahawa satu kejadian pecah rumah di Jalan Panglin 8, berlaku sekitar jam 6.15 petang di mana penjenayah mengambil pelbagai barang kemas, jam tangan, komputer riba, telefon bimbit dan sebuah kereta jenis Honda City.

“Dua jam kemudian, bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis dari Balai Polis Taman Perling pergi ke sebuah rumah di Jalan Persisiran Perling 1 seterusnya berjaya menangkap dua penjenayah.

“Sebahagian besar barangan seperti buku bank, sepuluh jam tangan, komputer riba, topi keledar, tiga telefon bimbit dan kereta jenis Honda City selain pelbagai peralatan pecah rumah milik penjenayah berjaya dirampas,”
katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bahru Utara, di sini, semalam.

Ruslan berkata, dua kereta iaitu Mitsubishi Lancer GT 2.0 dan Mitsubishi Evo 7 yang digunakan penjenayah turut dirampas.

“Mitsubishi Lancer GT 2.0 yang dirampas dilaporkan hilang di Century Garden dua hari sebelumnya. Sebuah lagi kereta masih dalam siasatan polis.

“Dengan tertangkapnya kedua- dua penjenayah ini, kami percaya berjaya menyelesaikan 13 kes pecah rumah di sekitar kawasan Johor Bahru Utara,” katanya.

Selain itu, katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (pecah rumah dan curi) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun berserta sebatan sekiranya sabit kesalahan.


Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme