Followers

Home » , » 15 Maut Pesawat Terhempas

15 Maut Pesawat Terhempas



KATHMANDU - Sebuah pesawat terhempas di sebuah gunung di banjaran Himalaya ketika cuba mendarat di sebuah lapangan terbang di utara Nepal semalam dengan menyebabkan 15 orang terbunuh manakala enam lagi parah.

Ketua pentadbir tempatan, Laxmi Raj Sharma berkata, pesawat berkenaan berpatah balik untuk mendarat di Lapangan Terbang Jomson sebelum kapal terbang berkenaan terhempas.

Bangkai pesawat bertaburan tetapi kapal terbang itu tidak terbakar.

Menurut Sharma, siasatan awal menunjukkan pesawat itu mengalami masalah teknikal.

Katanya, mangsa yang terselamat diterbangkan ke bandar Pohkara, dekat Jomson, untuk menerima rawatan.

Perdana Menteri, Baburam Bhattarai dalam satu kenyataan melahirkan simpati berhubung kematian 15 orang dalam nahas udara itu.

Seorang pegawai polis, Nareswor Aryal berkata, pesawat itu membawa dua juruterbang dan seorang kru bersama 16 penumpang rakyat India dan dua warga Barat.

Lapangan terbang Jomsom merupakan pintu masuk ke destinasi popular untuk pendaki dan penganut Hindu yang dalam perjalanan ke Kuil Mutinath.

Ia terletak sekitar 200 kilometer ke barat daya ibu kota Nepal, di sini.

Pesawat jenis Dornier yang terhempas itu milik syarikat penerbangan tempatan..

Posted @  http://infosahaja.blogspot.com/

Terima Kasih Kerana Berkunjung :)

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma.
Anda Hanya Perlu Follow Blog Kami


 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme