Followers

Home » » Cut Tari Menjadi Wartawan

Cut Tari Menjadi Wartawan



UNTUK memenuhi tuntutan rancangan sembangnya, ‘Friends,’ aktres yang juga penyampai jelita dan popular televisyen, Cut Tari akhirnya mencuba pengalaman baru menjadi wartawan.

“Rancangan itu memerlukan saya menjadi wartawan dan saya langsung tidak ada masalah untuk berbuat demikian,” kata Cut Tari.
Tetapi ternyata ia bukan tugas mudah. Cut Tari akhirnya mengaku berdepan dengan masalah untuk mendapatkan berita bagi rancangan itu.

Apatah lagi dia perlu menghabiskan banyak masa untuk menunggu dan mencari sumber. Untuk itu, seperti wartawan lain, dia perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.



“Bukan senang untuk menjadi wartawan rupanya. Banyak masa yang terbuang. Terpaksa bersabar menunggu orang yang hendak diwawancara.

Yang paling penting, wartawan perlu menyukai tugasnya,” kata Cut Tari, yang pernah terkait dengan kes video lucah bersama-sama dengan Luna Maya dan vokalis kumpulan Peterpan, Ariel.

Selepas beberapa minggu melaksanakan tugasnya itu, wanita itu berkata, dia kini dapat menjiwai peranan wartawan dan sekali gus mengagumi mereka yang terbabit dalam bidang itu.

“Saya tabik kepada wartawan kerana mereka sanggup bertugas tanpa mengira waktu. Jam tiga pagi pun mereka masih bekerja,” kata selebriti itu.

Walaupun baru saja memegang peranan itu, Cut Tari sudah mempunyai impian besar, sesuatu yang juga diimpikan oleh wartawan lain.

Wanita keturunan Aceh itu berhasrat mewawancara pemimpin nombor satu Indonesia, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY).

Menurutnya, ada beberapa soalan yang ingin ditanyakan kepada Susilo.

“Beliau Presiden Indonesia. Saya pula rakyatnya. Saya berhak bersuara dan jika ada kesempatan, saya akan bertanya mengenai tanggung jawabnya terhadap rakyat,” kata Cut Tari.

Dalam pada itu, selebriti berkenaan yang berdepan dengan masalah kariernya selepas isu video seksnya dengan Ariel terbongkar, menyuarakan hasrat agar rakyat Indonesia tidak berterusan menghukumnya dengan kejadian masa lalu.

Cut Tari : infosahaja.blogspot.com | info info menarik

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme