Followers

Home » , » Irma Nikah 1 Julai

Irma Nikah 1 Julai


IRMA diapit ibunya (kiri) dan bakal mentua pada majlis pertunangan di Sungai Buloh, semalam.


SUNGAI BULOH: Perkenalan singkat di Tanah Suci Makkah antara pelakon Irma Hasmie Ibrahim, 30, dengan ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Radzuan, 31, diikat dalam satu majlis pertunangan yang diadakan di kediamannya di Desa Coalfields, Sungai Buloh, di sini, semalam.

Irma yang mengenakan persalinan busana berwarna biru laut rekaan Hatta Dolmat menerima cincin pertunangan daripada bakal ibu mentuanya, Datin Azizah Osman selain enam dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki.Pihak lelaki membawa set mandian, buah, kek, manisan, persalinan solat, dan persalinan pakaian, manakala pihak perempuan membalas dengan buku-buku agama, sejadah, kek, coklat, manisan, set penjagaan lelaki dan sirih junjung.Selepas acara menyarung cincin, keluarga kedua-dua pihak berbincang dan bersetuju untuk majlis pernikahan yang akan diadakan pada 1 Julai manakala majlis sebelah lelaki pada 7 Julai ini. Majlis pernikahan dan persandingan akan diadakan di Keramat Mall.

Irma berkata, dia tidak menyangka perkenalan dengan bakal ibu mentuanya ketika mengerjakan umrah di Makkah pada bulan Februari lalu membawa kepada perkenalan dengan bakal suaminya itu.

“Syukur Alhamdulillah kerana pertemuan yang singkat dan tanpa perancangan yang lama membawa kami untuk bertunang pada hari ini (semalam) dan saya berharap agar perkara yang baik ini dipermudahkan oleh-Nya.

“Di Makkah memang saya mendoakan yang terbaik untuk diri dan tidak menyangka pula saya bertemu jodoh di sana,” katanya.
Irma : infosahaja.blogspot.com-info-info menarik

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme