Followers

Home » » Bomoh Ambil Kesempatan

Bomoh Ambil Kesempatan



SHAH ALAM – Di sebalik kesulitan hidup yang dihadapi dan berdepan kekangan mengumpulkan dana RM35,000 buat pembedahan Mawar Farisya Farid Alsuwad dalam tempoh seminggu ini, masih ada pihak mengambil kesempatan terhadap mereka sekeluarga.

Menurut Sahida Ramli, ibu kepada adik Mawar, ada pihak yang menghubunginya menawarkan khidmat pembedahan secara ghaib bagi mengubati penyakit anaknya, dengan me*ngenakan jumlah bayaran RM5,000 bagi khidmat tersebut.

Katanya, individu tersebut memperkenalkan dirinya sebagai bomoh yang boleh mengubati Mawar, dan menyembuhkan segala penyakit yang dihidapinya termasuk lumpuh otak dengan mengatakan orang suruhannya akan datang dan melakukan pembedahan.

“Dia menyuruh saya memasukan wang RM5,000 terlebih dahulu sekiranya ingin mendapatkan khidmatnya. Kemudian, perlu menunggu waktu tengah malam dengan menyediakan semangkuk air.

“Pada mulanya, beliau menawarkan perkhidmatan dengan bayaran RM20 sahaja, namun meningkat kepada RM5,000,” katanya yang terkilan dan kecewa dengan sikap pihak cuba mengambil kesempatan terhadap kesulitan mereka.

Justeru itu, beliau kini semakin berhati-hati dengan khidmat bantuan pihak yang cuba mengambil kesempatan selepas rayuannya bagi mengumpulkan dana RM35,000 untuk membiayai rawatan pembedahan anaknya dilaporkan Sinar Harian, tiga hari lalu.

Menurutnya, Mawar perlu menjalani pembedahan segera atas nasihat doktor disebabkan keadaan kesihatannya yang baik setakat ini.

“Mawar mudah dijangkiti penyakit, kerana antibodinya lemah. Melihatkan keadaannya yang semakin baik doktor memberikan tempoh seminggu ini untuk menjalankan pembedahan segera,” katanya kepada Sinar Harian.

Sehubungan itu, mereka yang ingin menyumbang boleh ke akaun Bank Islam milik Mawar, 12- 216-02-002450-1.

Bomoh Ambil Kesempatan : infosahaja.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme