Followers

Cara Nak Remove Facebook Timeline



Rata-rata yang mencuba applikasi Facebook yang bakal dilancarkan pada semua iaitu, Facebook Timeline ada yang berpuas hati, ada juga yang rasa rimas. Mungkin ia mengambil masa untuk pengguna membiasakan dengan paparan profile yang terbaru itu.

Dan selepas fb timeline dilancarkan, banyak cara diperkenalkan untuk remove timeline tersebut. Dan kebayakan yidak menjadi. Kali ini admin ada jumpa cara yang admin sendiri dah cuba dan aplikasi ini memang berkesan.

Aplikasi ini hanya di'install' dalam laptop anda sahaja, ini bermakna hanya anda je yang dapat tengok fb anda kembali kepada asal. Jadi, aplikasi ini sekurang-kurangnya membantu anda agar tidak serabut untuk tengok profil sendiri.:)

Jadi, kepada sesiapa yang berniat untuk membuang Facebook Timeline, berikut merupakan caranya. Selamat kembali ke fb lama! Komen jika berjaya, kongsikan kegembiraan anda..:)


DOWNLOAD - PILIH BROWSER ANDA (VERSION 0.3)



Bakar 18 Kenderaan, Suspek Berjaya Ditangkap



SEBUAH kereta Porsche marak dijilat api selepas dibakar di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 10 Mac lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai hobi memancitkan tayar sebelum membakar kenderaan orang ramai secara rambang di sekitar kawasan Sentul, di sini sejak 10 Mac lalu akhirnya ditangkap semalam.

Sebelum ditangkap, lelaki berusia 42 tahun itu disyaki telah memancitkan tayar dan membakar 18 buah kenderaan.

Dia bagaimanapun ditangkap di persimpangan Kampung Puah, Sentul kira-kira 10.30 pagi semalam ketika menunggang sebuah motosikal yang disyaki dicuri di Jinjang pada bulan lalu.

Tangkapan itu dilakukan selepas suspek membakar empat buah kereta sekitar Titiwangsa, Segambut dan Jalan Genting Klang antara pukul 1 hingga 3 petang kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK), Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek dikenal pasti selepas polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di salah satu lokasi kejadian.

Bakar 18 Kenderaan :  infosahaja.blogspot.com-Info-Info Menarik

Majlis Pertunangan Irma Hasmie




Hari ini, bertempat di kediaman pelakon yang semakin manis hari ke hari dengan imej bertudung berlangsung majlis pertunangan Irma Hasmie & Rezza.

Kami masih belum terima apa apa maklumat lanjut tentang identiti tunangan Irma Hasmie dan hanya mendengar spekulasi yang beliau merupakan anak orang ternama.

Irma Hasmie nampak anggun ayu dalam persalinan biru muda hasil rekaan Hatta Dolmat & beberapa keping gambar yang berjaya kami kumpulkan untuk tatapan awal anda selepas ini.

Irma Hasmie :  infosahaja.blogspot.com


Irma Nikah 1 Julai


IRMA diapit ibunya (kiri) dan bakal mentua pada majlis pertunangan di Sungai Buloh, semalam.


SUNGAI BULOH: Perkenalan singkat di Tanah Suci Makkah antara pelakon Irma Hasmie Ibrahim, 30, dengan ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Mohd Radzuan, 31, diikat dalam satu majlis pertunangan yang diadakan di kediamannya di Desa Coalfields, Sungai Buloh, di sini, semalam.

Irma yang mengenakan persalinan busana berwarna biru laut rekaan Hatta Dolmat menerima cincin pertunangan daripada bakal ibu mentuanya, Datin Azizah Osman selain enam dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki.Pihak lelaki membawa set mandian, buah, kek, manisan, persalinan solat, dan persalinan pakaian, manakala pihak perempuan membalas dengan buku-buku agama, sejadah, kek, coklat, manisan, set penjagaan lelaki dan sirih junjung.Selepas acara menyarung cincin, keluarga kedua-dua pihak berbincang dan bersetuju untuk majlis pernikahan yang akan diadakan pada 1 Julai manakala majlis sebelah lelaki pada 7 Julai ini. Majlis pernikahan dan persandingan akan diadakan di Keramat Mall.

Irma berkata, dia tidak menyangka perkenalan dengan bakal ibu mentuanya ketika mengerjakan umrah di Makkah pada bulan Februari lalu membawa kepada perkenalan dengan bakal suaminya itu.

“Syukur Alhamdulillah kerana pertemuan yang singkat dan tanpa perancangan yang lama membawa kami untuk bertunang pada hari ini (semalam) dan saya berharap agar perkara yang baik ini dipermudahkan oleh-Nya.

“Di Makkah memang saya mendoakan yang terbaik untuk diri dan tidak menyangka pula saya bertemu jodoh di sana,” katanya.
Irma : infosahaja.blogspot.com-info-info menarik

RM 1.80 Untuk Air Segelas



CHUKAI – “Sebagai pelanggan saya rasa tertipu,” keluh pekerja swasta, Ishak Kamarudin, 42, yang kesal dengan harga RM1.80 bagi segelas air panas yang disifatkannya sebagai tidak munasabah.

Ishak dari Taman Alamanda, Jalan Kubang Kurus, dekat sini berkata, dia yang menjamu selera bersama isteri dan dua anak di sebuah restoran di Taman Chukai Utama pada 23 Februari lalu terkejut apabila melihat caj yang dikenakan untuk air panas yang diminta berharga RM1.80.

Menurutnya, harga yang dikenakan itu tidak masuk akal dan seolah-olah mengambil kesempatan terhadap pelanggan.

Malahan, katanya, harga air panas juga tidak dimasukkan di dalam menu menyebabkan pelanggan tidak mengetahui harga untuk minuman berkenaan.

“Ketika saya pergi ke kaunter untuk membayar, tergerak hati saya untuk minta bil dan bila lihat bil, terkejut saya lihat harga air panas dalam gelas RM1.80. Disebabkan ragu-ragu, saya tanya pemilik restoran itu yang menjaga kaunter sama betul atau tidak harga air panas itu RM1.80 dan dia mengiakannya.

“Bukan kerana harga RM1.80 semata-mata saya persoalkan perkara ini, tetapi saya rasa tertipu kerana harganya tidak dimasukkan ke dalam menu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Kata Ishak, restoran itu kerap dikunjunginya sekeluarga untuk menjamu selera dan dia sering meminta air panas, tetapi sebelum ini dia tidak pernah melihat bil sebaliknya hanya membayar sahaja.

Berikutan itu Ishak kemudiannya membuat aduan di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Kemaman pada 26 Februari lalu.

“Lepas seminggu kemudian saya dihubungi pihak PPDNKK Kemaman yang telah membuat pemeriksaan di restoran tersebut dan tuan restoran kata dia tersilap. Namun bagaimana ia silap sedangkan ketika saya tanya sebelum ini tuan restoran itu mengiakan harga itu,” katanya.

Sumber: Sinarharian
RM 1.80 Untuk Air Segelas:Infosahaja.blogspot.com

Serangga Kecil Ni Boleh Membuat Kulit Anda Melecur


Walaupon serangga ini berbadan kecil seperti saiz kerengga, tapi lihatlah kesan gigitan serangga tersebut pada kulit manusia yang boleh melecur dan membengkak dengan teruk..nama serangga tu admin tak pasti la..Bayangkan kalau serangga ni ada kat kawasan rumah kita....apa komen korang.?



7 Tips Elak Mengantuk Ketika Belajar


Mengantuk amat biasa dikaitkan dengan pelajar. Berlaku pada semua peringkat sama ada sekolah rendah, menengah dan universiti. Mengantuk juga berlaku tidak kira masa. Ada pagi, tengahari dan petang. Walaupun tidak berlaku kepada semua pelajar, namun masalah ini perlu segera diatasi.

Tips Elak Mengantuk Ketika Belajar

  • Basuh muka. Ini perkara asas biasa dilakukan pelajar. Jika semasa guru mengajar kita terasa mengantuk, minta kebenaran keluar ke bilik air dan basuh muka.
  • Tidur awal. Masalah mengatuk kerap dikaitkan dengan tidur lewat. Berjaga sehingga lewat malam memang menyebabkan mengantuk pada siang hari. Disiplin diri dengan tidur awal kerana tidur awal dapat merehatkan badan dan minda secukupnya.
  • Buat senaman ringan. Lebih baik, ajak rakan-rakan sekelas lakukan aktiviti senaman bersama. Buat dalam 5-10 minit sahaja. Pasti terhibur dan menghilangkan rasa mengantuk.
  • Tanya soalan. Jika terasa mengantuk, angkat tangan dan tanya soalan atau beri pendapat kepada guru yang sedang mengajar. Biasanya, jika bercakap akan hilang perasaan mengantuk.
  • Minum air masak. Air memberi tenaga kepada badan yang letih. Minum air dapat memberikan kesegaran kepada tubuh badan.
  • Menjaga makanan. Elak makan terlalu kenyang kerana perut yang kenyang akan menyebabkan keletihan dan rasa malas. Makan secara seimbang dan sederhana.
  • Duduk dengan betul dan jangan meletak kepala di atas meja. 

Design Rumah Yang Simple Tetapi Cantik

Cantik tak rumah ni.?? Pada pandangan admin ianya sangat simple dan menarik..
Kalau korang nak rumah macam ni carik la duit banyak2 baru boleh beli....:))

Kelebihan Menggunakan Sport Rim Motosikal


Dua jenis rim yang biasa digunakan untuk motosikal adalah rim besi dan juga sport rim. Kedua-duanya boleh didapati di kedai motosikal. Biasanya, rim besi adalah rim asas semasa membeli motosikal. Selepas sport rim diperkenalkan, banyak pemilik motosikal bertukar menggunakan sport rim kerana kelebihan yang tiada pada rim besi.

Kelebihan sport rim berbanding rim besi:

  • Sport rim diperbuat daripada plastik yang kukuh dan juga ringan. Pergerakan motosikal akan menjadi lebih lancar kerana berat yang berkurangan. Apabila sudah ringan, kuasa pecutan juga lebih baik danmenjimatkan penggunaan minyak.

  • Harga sport rim yang lebih murah. Plastik lebih murah daripada besi. Itu lumrah dalam perbandingannya. Ia juga satu penjimatan kepada pemilik motosikal kerana kebanyakkan pengguna motosikal daripada golongan sederhana. Pada masa kini, barangan yang murah akan mendapat sambutan lebih hangat daripada pengguna.

  • Tayar tidak mudah pancit. Ini adalah pengalaman dan pandangan oleh sesiapa sahaja yang menggunakan sport rim. Banyak kes tayar bocor datang daripada rim besi. Pengalaman penulis sendiri yang menggunakan sport rim dan rim besi juga bersetuju dengan pendapat umum. Sejak bertukar kepada sport rim, tayar belum lagi mengalami masalah pancit.

  • Sport rim tidak bengkok. Seperti mana strukturnya daripada plastik, sport rim tidak akan bengkok. Tidak seperti rim besi, apabila kerap kali terlanggar lubang, lama kelamaan rim akan bengkok dan berbahaya kepada penunggang motosikal. Rim yang bengkok menyebabkan pemanduan tidak selesa hingga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

  • Bentuk yang cantik. Ini juga salah satu kelebihan sport rim. Di pasaran, banyak sport rim yang cantik seperti model Racing Boy yang kerap dijadikan pilihan oleh pemilik motosikal. Sport rim yang cantik dengan kombinasi pelbagai jenis warna akan menaikkan seri motosikal di jalan raya. 

Cedera Kerana Mengejar Peragut



JEMPOL - Seorang wanita yang cedera akibat terjatuh dari motosikalnya bertindak nekad mengejar dua peragut yang melarikan beg tangannya berisi wang tunai RM1,200, dokumen dan telefon bimbit di Felda Palong Empat di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, mangsa, Inche Aminah Ismail, 47, patah gigi serta cedera di kaki dan tangan selepas motosikalnya dihimpit dua pemuda yang memakai topi keledar.

"Sebelum kejadian itu, saya mengeluarkan wang sebanyak RM800 di pejabat pos. Salah seorang daripada pemuda itu kemudian merampas beg tangan di dalam raga motosikal saya," katanya di sini semalam.

Ujarnya, walaupun cedera, dia bangun lantas berlari mengejar kedua-dua suspek sejauh beberapa meter sebelum meminta bantuan orang ramai.

"Saya dihantar ke klinik untuk rawatan dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Rompin," katanya yang bekerja sebagai kerani di sebuah kilang getah di sini.

Ujarnya, polis memberitahu beg tangannya telah ditemui di kawasan kebun getah di sini tetapi wang RM1,200 dan telefon lesap.

Sumber :SinarHarian

Inilah Penulis Skrip Vanila Coklat


Seperti yang diketahui umum, drama Vanila Coklat yang baru selesai 13 episod siarannya di TV3, telah mendapat sambutan yang cukup luar biasa.
Ia menjadikan drama tersebut mencatatkan rating yang tinggi dalam syarikat penyiaran berkenaan.
Namun siapakah insan yang menghasilkan skrip drama tersebut?
Mynewshub.my berjaya menjejaki beliau, yang kini bertugas di stesen radio terkenal, Suria FM.

Gadis manis bernama Shuhadatul Ain Zakaria, 28, ini juga pada masa yang sama sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Master dalam jurusan Komunikasi Pengajian Media di UITM, Shah Alam.

Antara skrip yang pernah beliau hasilkan ialah drama Lu’Lu, Mertua vs Menantu, filem Syurga Cinta, Jangan Main belakang, Embun Mutiara dan banyak lagi.
Menurut Shuhadatul, minatnya dalam menulis skrip mula tercetus apabila bekerja Metrowealth International Group (MIG) sejurus selepas tamat pengajian dulu.

Mengenai naskhah terbarunya itu, beliau yang masih bujang mengaku, sangat terharu dengan sambutan peminat drama tempatan terhadap drama Vanila Coklat.


” Slot Vanila Coklat memasuki tayangan sejurus selepas drama Cinta Elysa tamat, kita semua tahu betapa hebat sambutan penonton terhadap drama Cinta Elysa itu, ini menyebabkan kami semua berdebar-debar…takut-takut ia mendapat reaksi yang sebaliknya.

” Alhamdulillah, semenjak hari pertama siarannya, drama Vanila Coklat mendapat sambutan memberangsangkan sehingga kesemua 13 episod itu ditayangkan,” katanya pada Mynewshub.my.

Mengenai idea menghasilkan skrip drama tersebut, Shuhadatul berkata, minatnya terhadap drama-drama Korea secara tidak langsung telah memberikan ilham untuk beliau menulis Vanila Coklat.

Ketika ditanya sama ada ia merupakan sebahagian daripada pengalaman hidup beliau sendiri, Shuhadatul menafikannya.

” Sebenarnya saya suka berimaginasi…dari situlah terhasilnya karya ini, tiada kaitan dengan sesiapa sebenarnya,” katanya yang mengakui dialog ‘bersahaja’ para pelakon Vanila Coklat sedikit sebanyak menyumbang kepada kekuatan drama berkenaan.

Mengenai jadual kehidupan sehariannya, beliau mengakui, hanya tidur dua atau tiga jam sehari kerana terikat dengan kerjaya dan pelajaran.

Namun kerana minat yang mendalam, Shudatul tidak merasa menyesal kerananya.

Bercakap mengenai projek terbaru akan datang, beliau tidak menolak andaian yang Vanila Coklat akan difilemkan.

Namun, katanya, ia terserah kepada penerbit untuk menentukan ‘masa depan’ karya tersebut.

Yang pasti, kata Shudatul, sekiranya ia diangkat ke layar perak, beliau akan memastikan jalan ceritanya lebih menarik dan mantap sesuai dengan citarasa penonton ketika ini.


Arwah Mahu Berkahwin Sebelum Ajal


KOTA BHARU- Seorang pemuda sempat menyuarakan hasrat hati kepada ayahnya untuk berkahwin, dua hari sebelum ditemui mati dipercayai lemas selepas diserang sawan.

Mayat Mohd Zuri Rahman, 30, ditemui terapung oleh penduduk di tali air Kampung Tepus, Bachok kira-kira jam 6.15 petang kelmarin selepas kira-kira 20 jam dilaporkan tidak pulang ke rumah.

Bapa mangsa, Rahman@Abdul Rahman Mangun, 65, berkata, sebelum kejadian anaknya keluar rumah selepas waktu Isyak dan tidak pulang sehinggalah mayatnya ditemui kira-kira 100 meter dari kediaman mereka.

“Dua hari sebelum kejadian Mohd Zuri ada memberitahu saya dia mahu berkahwin dan perkara ini tidak pernah diluahkan kepada kami sekeluarga.

“Saya tidak mengambil serius luahannya memandangkan kami semua sedar dia tidak berapa sihat dan sering diserang sawan sejak usia 18 tahun lagi selepas demam panas,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.

Rahman berkata, dia mengetahui kejadian itu setelah dimaklumkan seorang lagi anaknya, Nor Asiah, 35, yang ketika itu berada di rumah menunggu kepulangan Mohd Zuri.

“Saya terus bergegas ke tempat kejadian yang juga merupakan lokasi sering dikunjunginya setiap hari dan berdasarkan pakaian serta badannya, memang sah itu adalah mayat Mohd Zuri,” katanya.

Tambahnya, kemungkinan Mohd Zuri diserang sawan ketika berada di kawasan tersebut sehingga menyebabkan dia terjatuh ke dalam tali air berkenaan.

Katanya, biarpun Mohd Zuri mengidap sawan dan sering berkelakuan kasar dengannya tetapi pemergiannya amat dirasai kerana arwah seorang yang rajin membantunya di rumah.

“Dia seorang yang rajin tetapi kami sekeluarga perlu sentiasa pandai menjaga hatinya supaya dia tidak bertindak diluar jangkaan jika permintaanya tidak dituruti,” katanya.

Rahman berkata, jenazah anak keenam daripada sembilan beradik itu dikebumikan di Kampung Tepus, Bachok selepas bedah siasat selesai dijalankan malam kelmarin.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Asistent Superintendan Ghazali Daud mengesahkan kes tersebut dan tiada unsur jenayah dikaitkan dengan kejadian berkenaan.

Sumber: Sinarharian

Peta Laman



Contact

Contact Infosahaja.blogspot.com.
*You can use the below form to Contact us,if the below form Doesn't work or you having any problems in   contacting us,you can just contact us directly via Email :- cygmama1@gmail.com


foxyform.com

 
Copyright © 2011. Infosahaja . All Rights Reserved.
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Template Design by Creating Website. Inspired from Metamorph RocketTheme